10 June 2010

Jom Kenali AKPK.......

Pernahkah anda mendengar berkaitan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

Sedikit pengenalan, AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu, serta memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Misi AKPK adalah untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup buat semua warga Malaysia. Di dalam laman web AKPK juga terdapat banyak bahan dan ilmu yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam mencapai matlamat. Antara menu utama yang disediakan ialah info utama, pameran bergerak, kalkulator kewangan, uji diri anda dan lain-lain lagi.

Jenguklah untuk info masa depan kita.

No comments:

Post a Comment