Kenapa ini berlaku? Baiklah tip termudah untuk menyimpan secara konsisten ialah dengan meniru cara anda menabung di tabung KWSP. Bagaimana anda menabung dengan KWSP? Duit anda dimasukkan sebelum gaji anda diterima. Maka itulah cara yang terbaik. Antara langkah yang perlu anda lakukan:
- Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan. Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa. Contohnya mulakan dengan 10% daripada gaji anda.
- Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM. (Saya menggunakan akaun Tabung Haji). Anda juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM.
- Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak.
Disiplinkan diri anda untuk tidak mengeluarkan wang simpanan anda. Cuba cari pilihan lain dahulu dan simpanan anda adalah pilihan yang terakhir.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment