3. Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi : - Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian ke atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur. Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui UTMC dan Ejen Institusi Unit Trust. Lemih mudah lagi kini boleh dilakukan dengan kaedah Online Saja.... Semuanya dihujung jari anda...
4. Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure) : - Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment kedalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda kedalam kesemua aset tersebut secara serentak.. Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.
5. Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah : - Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?
6. Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin : - Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.
Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.
Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Macam SAYA.......
No comments:
Post a Comment