Pernah tak korang dengar atau terbaca pasal “How much are you worth?”. Kiranya, kalau orang nak “beli” kita, berapa sepatutnya dia bayar untuk dapatkan kita. Apa pulak faktor yang boleh menentukan harga kita?.Wow, dah macam trading barang lelong lah pulak. Tapi inilah hakikat dunia pekerjaan hari ni. Siapa yang hebat, boleh demand gaji tinggi-tinggi. Sape yang banyak pengetahuan dan pengalaman, akan ditawarkan jawatan dan gaji yang lumayan. Semua orang pun mengidam nak pakai kereta besar, rumah besar, gaji besar, faedah persaraan yang mewah dan macam-macam lagi.
Tapi adakah semua orang boleh mendapatkannya?. Tak semudah itu. Peluang dan jawatan yang ada terhad, calonnya pulak berlambak-lambak. Silap gaya, jadi perebutan dan lobi-melobi, ada yang sanggup bergaduh dan guna taktik kotor semata-mata nak dapatkan jawatan tinggi yang ditawarkan.
Pendek kata, kalau nak tunggu jawatan yang orang tawarkan, kena hebat segala-galanya. Kalau tak berapa hebat, kita boleh bayangkan dapat jawatan dan gaji besar dalam mimpi saja..hehehe..
Penting sangat ke nak tau berapa nilai kita?. Takleh ke hidup macam sekarang je, janji orang tak kacau kita dan kita dapat gaji cukup untuk sara hidup dan keluarga. Happy apa. Memang la happy bang.. tapi apahal yang kita dok bengang bila ada orang lain dapat bonus atau gaji lebih tinggi tiap-tiap tahun sedangkan kita nampak kerja mereka macam kita jugak..hahahaha.. biasa tengok kan senario cam ni..
Itu pasal kita nak kena kaji sikit apa yang kita ada yang bernilai pada orang lain atau pasaran. Ini bukan cerita jual maruah weh.. ini cerita pasal kelebihan kita yang boleh ditukarkan kepada monetary reward. Contoh, ada orang hebat bercakap. Kalau bagi topik apa pun, dia boleh cakap sampai berjam-jam tanpa henti. Tapi yang dengar dia cakap, hanyalah kawan-kawan yang makan tengahari sama-sama. Takde bayaran pun dia cakap penat-penat..hehehe..
Berbeza pula orang yang “pandai” bercakap dengan khalayak yang betul. Cakap 1 jam, dia caj orang sampai RM1,000. Cakap 2 jam, dah dapat RM2,000. Kalau sehari dia bercakap, kena bayar RM15,000. Wow.. best betul bercakap orang bayar. Ada orang yang bernilai dari segi kemahirannya menguruskan perniagaan. Bagi apa saja tugasan yang mencabar, dia pasti boleh selesaikannya dengan cemerlang. Orang macam ni, bukan dia yang cari kerja, kerja yang berebut-rebut cari dia.
Pada aku, nilai pasaran kita jadi tak berapa penting bila kita dah capai kebebasan kewangan. Bebas dari segi belengu hutang jahat (takde untung) dan bebas dari kemelut kais pagi makan pagi (ada pasif income yang stabil).
Kalau kita dipancing kerana nilai pasaran kita hebat, kita akan terikat dengan beban kerja yang banyak dan expectation dari pihak pengurusan. Kita akan penat dengan kerja dan kurang masa untuk “enjoy” walaupun duit gaji yang yang diperolehi adalah tinggi.Sememangnya kita perlukan korbankan masa bersama keluarga untuk kumpul duit secukupnya untuk masa depan. Walau bagaimanapun, alangkah bestnya, kalau kita dapat capai itu semua tanpa perlu korbankan masa bersama keluarga dan masyarakat.
Inilah yang dicari-cari oleh ramai orang di dunia. Duit yang banyak, masa yang banyak untuk dihabiskan bersama orang tersayang. Natijahnya, kedua-dua tu tak boleh diperolehi serentak. Hanya segelintir orang saja dapat kedua-duanya serentak. Kita bukan anak raja, so mimpi di siang hari lah kalau harapkan dapat duit banyak dan boleh lepak goyang kaki saja di rumah. Kita kena kerja berhempas pulas, mengharapkan gaji naik setiap tahun, dan mengharapkan juga ada lebihan gaji yang cukup untuk bawak anak bini jalan-jalan makan angin sekali sekala.
Oleh yang demikian usaha dan penat lelah yang kika lalui kini jangan disia-siakan. Pendaptan yang kita perolehi kina gunakanlah untuk develop portfolio pasif income. In the end, kalau kita berjaya capai matlamat pasif income yang disasarkan, pastikan kita akan dapat duit dan masa serentak!. Best kan. Masa tu, nak kerja pun boleh, nak relaks goyang kaki pun boleh. Anytime boleh plan untuk spend masa bersama keluarga untuk reward ourselves.
Jadi,,,, apa tunggu lagi, mulalah kita nak belajar teknik-teknik untuk generate passive income yang halal. Kalau orang lain berebut2 nak jawatan penting dan besar sebab nak gaji banyak, kita guna teknik lain tanpa perlu berebut2 benda yang tak kekal tu....................
Mari kita setkan sendiri ........ how much you are worth!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment