02 March 2013

Masalah Kewangan Serius - Apakah Tandanya....


Aku ni bukannya banyak sangat duit. Nak kata langsung tak ada masalah duit tu bohonglah. Tapi buat masa ni Insyallah.. Masih boleh dikatakan dalam kawalan. Nak kata susah sangat pun tak dan senang sangat pun tak. Tapi apa yang aku buat ialah pratikkan konsep pengurusan kewangan yang aku rasakan betul. Ilmu pasal pengurusan kewaangan ni bukan aku dapat gitu-gitu aje. Aku kena banyak belajar tak kiralah dari seminar-seminar mahupun bahan bacaan.

Hari ni aku nak kongsi bersama beberapa tanda yang boleh menjadi indicator kepada kita, samada kita ni menghadapi masalah kewangan yang serius atau pun tidak. Dengan cara ini barulah kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Jangan kita ingat gaji kita tinggi kita rasa yang kita senang tapi sebaliknya. Bila kita selak kain kita barulah kita tahu yang seluar dalam kita dah banyak berlubang-lubang rupanya.

Mari kita lihat tanda-tanda yang kita ni rupanya ada masalah kewangan yang serius rupanya. Antaranya..........

1. Tiada Langsung Wang Simpanan.
Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Kita tak rasa kita memerlukan tabung ini … sehinggalah kecemasan berlaku. Justeru, sediakan payung sebelum hujan.

2. Gagal Menyimpan Dari Pendapatan/Gaji
Maknanya pendapatan yang kita perohehi sentiasa tak cukup untuk menampung keperluan dan KEHENDAK kita. Menabung adalah asas kepada kekayaan. Masukkan 10% daripada gaji kita setiap bulan ke dalam akaun simpanan. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Berbelanja Menggunakan Kad kradit.
Masalahnya...... Duit tak de tapi nafsu melonjak-lonjak nak juga barang tersebut. So beli juga dengan kad kradit. Dah kira hutanglah tu. Sedangkan anda langsung tak ada wang simpanan untuk bayar hutang kad kradit yang telah anda buat. Ingat.....Tidak ada istilah terpaksa kalau anda tak ada wang untuk memilik sesuatu. “Saya terpaksa guna kad kredit nak beli TV flat skrin 29 inci ni”.

4. Mengamalkan "Biar Papa Asal Bergaya"..

No comments:

Post a Comment