Kali ini saya akan membicarakan satu pendekatan psikologi yang jarang sekali diberi perhatian oleh kebanyakan kita. Ianya sesuatu yang ‘simple’ tetapi berkuasa…
Saya ingin bertanya kepada anda semua, apa bezanya di antara dua perkataan berikut, Mesti dan Mahu? Baiklah biar saya jelaskan di sini agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan salah satu perkataan berikut. Ada perbezaan yang ketara di antara kedua ayat ini. “Saya mahu menjadi kaya!” dengan “Saya mesti menjadi kaya!” kedua-dua ayat tersebut membawa kepada objektif dan matlamat yang hampir sama. Namun begitu, ianya tidak akan memberi kesan dan tindakan yang sama. Mengapa saya berkata begitu?
Ini kerana boleh dikatakan semua orang mahu menjadi kaya tetapi mereka tidak pula mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencapai matlamat berkenaan. Sebaliknya mereka lebih banyak mencipta alasan di sebalik keinginan mereka itu. Ini dapat dilihat sebaik sahaja mereka menemui rintangan dan kegagalan. Maka tidak hairanlah ada di antaranya terus berhenti dan berputus asa. Berbeza dengan mereka yang ‘mesti’ menjadi kaya kerana mereka meletakkan komitmen dan kesungguhan yang berterusan tidak kira apa pun yang terjadi. Selagi mereka belum berjaya mereka akan teruskan sehingga mereka mencapai impian dan matlamat yang telah ditetapkan.
Jadi untuk itu, saya sarankan anda mulai sekarang anda ‘MESTI’ menggunakan perkataan yang membawa maksud yang lebih berkesan bagi apa sahaja tindakan anda. Ini kerana mereka yang menjadi kaya ialah mereka yang mesti mencapai matlamat kekayaan mereka.
No comments:
Post a Comment