23 March 2011

Kad Kredit - Syarat Baru BNM...

Kad kredit dikatakan satu virus yang mampu membunuh secara perlahan?
Itu yang banyak terjadi dan menyebabkan baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah tetapkan syarat-syarat baru untuk pemegang kad kredit!
Antara syarat-syarat baru pemilikan kad kredit di Malaysia bermula 2011:
  1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
  2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
  3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
  4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.
  5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar. (Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum kredit anda adalah Rm6000 sahaja!)
  6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini.
Ini adalah antara salah satu langkah BNM untuk mengelakkan lebih ramai orang yang jatuh miskin akibat hutang kad kredit yang tak mampu dibayar.

No comments:

Post a Comment