16 September 2010

Kaedah Perancangan Kewangan....

Dalam merancang kewangan, terdapat empat tahap paling asas yang perlu anda ketahui. Empat peringkat tersebut adalah:

Tahap 1: Mencipta atau menghasilkan wang.

Ini adalah perkara asas bagi ke arah Perancangan Kewangan. Mencipta wang yang dimaksudkan adalah mencari duit untuk dimiliki.
Tapi bagaimana pula cara memiliki wang? Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghasilkan wang. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah bekerja dan berniaga. Gaji yang diperolehi hasil bekerja adalah sumber kewangan yang asas untuk kita memulakan perancangan kewangan. Bagi yang telah memiliki wang yang banyak aktiviti pelaburan yang menghasilkan pulangan adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan wang.
Tahap 2: Mengumpul wang.
Kita selalu diingatkan supaya berjimat dan membuat simpanan sebahagian dari duit yang kita perolehi. Walaupun sedikit kita perlulah menyimpan. Lagi satu tentu anda ingat kata pujangga ini “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Mengapa sejak dari dulu lagi kita telah diingatkan dengan perkara ini.. Mudah sahaja sebenarnya, tujuannya adalah supaya kita ada tabiat menyimpan. Tabiat ini sangat-sangt penting dalam perancangan kewangan. Jika tiada tabiat ini maka amat sukarlah matlamat kewangan kita untuk dicapai. Sejumlah wang yang banyak teramat mustahil untuk dihasilkan sekelip mata kerana tiada wang yang akan jatuh dari langit. Kecualilah kalau anda mendapat tuah Nombor Ramalan.
Kemampuan untuk mengumpul dan menghimpunkan wang dan harta adalah satu tahap yang agak sukar dilaksanakan. Ini kerana ia memerlukan satu pengorbanan yang sangat tinggi, wang yang disimpan tanpa di keluarkan semula barulah boleh diambil kira dalam tahap ini. Wang yang disimpan untuk dikeluarkan semula tidak ada maknanya bagi meneruskan perancangan kewangan. Satu cara yang boleh diamalkan ialah prinsip “Tutup Mata” dengan mengasingkan wang yang ingin dikumpulkan dan menyimpannya didalam satu akaun yang agak sukar untuk dikeluarkan...
Tahap 3 : Menganda & Mengembangkan Wang.
Pada tahap ini kesukaran akan dirasai oleh saudara semua.. Walau bagaimana pun kesukaran yang dihadapi tidaklah sesukar pada Tahap 2 tadi. Disini saudara hanya perku menggunakan kemahiran yang saudara ada bagi mengembangkan wang yang sudah saudara kumpulkan tadi. Tapi ingat ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan penelitian yang serius agar wang yang saudara telah kumpulkan tadi tidak akan hilang begitu saja. Sekiranya saudara kurang berkemahiran bolehlah rujuk dari sesiapa yang saudara rasakan perlu....

Mengganda & Mengembangkan wang bermaksud saudara akan menggunakan wang yang saudara telah kumpulkan tadi menjadi lebih banyak wang. Pelbagai kaedah boleh saudara lakukan. Cara yang paling mudah dan tidak memeningkan kepala ialah dengan melaburkan wang saudara tadi didalam insromen kewangan yang akan memberikan pulangan berbentuk dividen atau bonus. Sebagai contoh ASB, KPF dan lain lagi. Ianya dijamin selamat oleh kerajaan dan dijamin saudara tidak akan rugi...
Selain itu saudara boleh menggunakan wang saudara tadi untuk sebagai Down Payment untuk membeli hartanah seperti Rumah. Kemudian anda sewakan dan gunakan wang sewa tersebut untuk membuat bayaran ansuran. Apabila harga meningkat anda boleh jualkan semula dan mendapat untung dari penjualan tersebut. Dan banyak lagi yang anda boleh lakukan bagi menggandakan Wany yang telah anda kumpulkan pada tahap 2.


Tahap 4 : Melindungi wang dan harta.

Setelah saudara mengharungi penat lelah melepasi Tahap 1 - Tahap 3 dalam merancang kewangan saudara, tiba masanya untuk saudara melindungi segala harta yang saudara telah perolehi. Di sinilah wujudnya kepentingan Insuran.Apa yang perlu saudara lakukan hanya bertemu dengan agen ansuran bagi mendapatkan khidmat nasihatnya. Sebagai agen insuran, sememangnya menjadi tugas beliau untuk membantu pelanggan melindungi wang mereka daripada diminta oleh doktor atau pemungut hutang.

Cuba anda bayangkan, Anda berusaha setipa bulan untuk mengumpul wang setiap bulan selama berbelas tahun dan apabila satu jumlah yang agak banyak anda telah berjaya kumpul. Tiba-tiba satu hari doktor dengan selambanya meminta anda sejumlah wang yang melebihi wang simpanan anda untuk membolehkan anda menjalani rawatan terhadap penyakit yang baru sahaja anda ketahui anda menghidapinya.

Saya yakin pada masa itu anda tidak memikirkan langsung penat lelah anda selama beberapa tahun untuk mengumpul wang tersebut dan terus sahaja menyerahkan kepada doktor untuk menjalani rawatan bukan. Walaupun nanti doktor akan meminta anda menandatangai surat akuan persetujuan tiada jaminan rawatan tersebut akan berjaya.

Oleh yang demikian, harus diingat, lindungilah diri anda dengan insuran dan tiada ruginya ada memiliki insuran. Berilah peluang kepada agen-agen insuran untuk memberi penerangan mengenai kepentingan insuran untuk diri anda. Selain itu, lindungilah wang dan harta anda daripada inflasi. Saya akan tulis kesan inflasi terhadap wang anda di post yang akan datang. Tunggu.......

Tahap 4: Pembahagian harta.
Kaedah terbaik dalam membahagikan harta kekayaan adalah melalui wasiat. Namun begitu sebagai Umat Islam, Hukum Faraid adalah menjadi panduan kita. Terdapat perkhidmatan untuk menulis wasiat telah ditawarkah dipasaran sekarang ini dan kosnya tidaklah mahal. Pembahagian harta amatlah penting dilaksanakan agar tidak menimbulkan masalah dikemudian hari terutamanya apabila kita tiada lagi di muka bumi ini. Apa yang kita harapkan ialah harta yang ditinggalkan akan memberi kesenangan kepada kita di Sana bukan menyeksa kita....

No comments:

Post a Comment