Aku ni bukan seorang ahli perniagaan. Cuma hati ni meluap-luap nak berniaga. Sebab apa.... Sebabnya mudah iaitu hari-hari kita akn dapat duit. Untung rugi masih belum tahu lah tapi yang pasti akan dapat duit bila barang atau servis kita terjual...... Tak macam kerja makan gaji, Hujung bulan baru dapat duit. Satu lagi kalau kita kaji sejarah Bilionair dunia pun ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di
universiti.
Disini nak aku kongsikan bersama kapada siswa dan siswi yang sedang belajar di IPT mahu pun IPTS beberapa idea bisnes mudah yang kau orang boleh lakukan. Bagi aku tak salah buat bisnes masa belajar ni, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Secara tak langsung sebenarnya kita dah mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Dan bila berniaga seawal mungkin, mungkin akan menjadi asas kepada pembinaan perniagaan yang lebih besar pada masa hadapan walaupun ianya hanya bermula dengan "part-time". Antara idea bismus yang mudah ialah ...
1. Jual Top Up
Ini Biz pasti tak rugi. Sekarang semua orang pakai handphone. Budak sekolah rendah pun sekarang dah pakai hp. Inikan lagi duduk kat universiti. Yang best mejoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti
tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab
apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk
pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan
(volume) ada.
2. Nasi Lemak atau Burger
Perniagaan ini memang aku tengok sendiri depan mata aku semasa aku study kat U dulu. Tapi malangnya penjual nasi lemak tu bukanya aku. Kalaulah orang tu dulu adalah aku... Mungkin aku dah tak keja makan gaji sekarang ni. Apa yang kau perlu buat ialah jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu
Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk
supply nasi lemak dan burger tersebut. Kau beli dari mereka dengan harga rendah dan jual dengan ambil untung sikit. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli
je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu
benda yang dia cari.
3. Servis fotostat
Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.
Ok lah... aku rasa cukup buat masa ni... Nanti aku tambah lagi. Kalau kau amati idea yang aku tulis diatas aku rasa cukup-cukup mudah untuk kau lalukan. Kalau yang ni pun kau dah mengalah macam macam mana kau orang nak melakukan bisnus yang lebih susah sikit dari yang diatas.....
Selamat berniaga.
No comments:
Post a Comment