Rasanya dah banyak kali diulang-ulang nasihat
yang sama kepada mangsa skim cepat kaya. Bila keluar/tumbuh
lagi skim cepat kaya yang terbaru, mula rambang mata. Masyarakat kita pula
sangat gemar nak cepat kaya dengan cara yang paling mudah. Mungkin mereka masih
terlupa dengan ungkapan seperti ini :
“Bukan senang nak senang, bukan susah nak
susah”
Sekarang ini trend,
apabila skim cepat kaya di Malaysia terus mempelawa ahlinya untuk membeli
pangkat pada harga RM10,000, RM20,000 atau pun RM80,000 kononnya boleh
mendapatkan pulangan yang cukup-cukup lumayan dalam masa yang CUKUP SINGKAT.
Ditambah pula, kononnya banyak pula golongan profesional yang ikut serta. Makin ramai yang
terpengaruh. Sehinggakan ada yang buat loan bank rakyat semata-mata
untuk melabur dalam skim cepat kaya tetapi semua kena tipu akhirnya...
Satu ketika dulu aku juga pernah terjabak pada skim seperti ini. Tapi yang baiknya kerugian yang aku tanggung taklah begitu banyak. Cuma lingkungan 20 ke 25K aje.. ho..ho.. Biasalah pada masa tu aku masih terlalu muda dan pada masa itu juga keadaan ekonomi aku tidak begitu seimbang. Baisalah pendapatan rendah dan hutang keliling pingang. Kononnya dengan menyertai skim seperti itu akan memberikan sinar baru dalam hidip. Segala hutang dan tanggungan dapat diselesaikan dengan pulangan tinggi yang dijajikan. Tapi malang semuanya hanya tinggal harapan....
Untuk pengetahuan kau orang semua bukan satu skim yang aku sertai. Entah berapa banyak aku pun tak ingat. Seingat aku semasa zaman tersebut beberapa skim yang begitu aktif adalah seperti Swiss Cash, AB Fund, Buluh Emas, Penternakan Lintah, Penternakan Ikan Keli dan Skim penanaman Serai. Hampir kesemua skim yang aku nyatakan telah aku sertai... Semuanya HAMPAS.... Yang paling seronok berkenaan satu skim yang aku sertai berkubur sehari selepas aku menyerahkan wang pelaburan bagi menyertainya.......
Pada masa tersebut, pantang ada orang yang kondem skim yang aku sertai. Dengan bersungguh-sunguh akan aku pertahankan. Tapi tak sekarang.... Semua skim yang wujud akan aku usaha untuk elakan dari terjebak lagi. Walaupun nampak macam menarik tapi aku pasti semuanya hanyalah penipuan semata-mata. Untunglah sekiranya kau orang merupakan peserta-peserta terawal menyertainya...
OOOOOO..... Sebenarnya disini aku nak kongsikan satu sejarah bagai mana bermulanya skin cepat kaya di Malaysia. Mungkin kau orang pernah dengan Skim PAK MAN TELO... Wujud sekitar awal tahun 70an. Tapi aku memang respek dengan pak cik ni. Pada zaman tu mana ada komputer lagi-lagi internet. Tapi beliau berjaya memperdaya orang ramai menyertainya hanya memperkenalkan skimnya secara konvensional.... Dan satu lagi segala rekod pelabur pun direkod dalam buku aje... Duit pun simpan kat rumah aje... Dan teruskan membaca.......
Osman bin Hamzah adalah pengasas Skim Pak Man Telo. Tanpa mempunyai kelulusan tinggi, dia telah berjaya menganjurkan sebuah skim pelaburan piramid yang kompleks dan telah menarik penyertaan Iebih 50,000 orang pelabur termasuk golongan professional dan pegawai kerajaan, dengan nilai pelaburan mencecah RM99 juta. Skim tersebut dijalankan menerusi perniagaan miliknya, Pestama Enterprise yang beroperasi di Taiping, Perak.
Sebelum menjadi terkenal, Osman adalah seorang wartawan sambilan Bernama. Kini, namanya diingati sebagai salah seorang pelopor skim cepat kaya yang masih wujud di negara ini.
Populariti Skim Pak Man Telo menjalar ke seluruh negara dan di saat kegemilangannya, skim tersebut pernah menjanjikan pulangan dividen sehingga 12% kepada para pelaburnya. Bagi meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim pelaburan anjurannya, dia mendakwa perniagaan miliknya terlibat di dalam bidang hartanah, pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, perhotelan, kasut dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.
Setelah dijamu dengan perkhabaran kemantapan perniagaan milik Osman dan pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat, Iebih ramai penduduk di negara ini menyertai skim pelaburan tersebut, tanpa menyedari aktiviti pelaburan tersebut adalah menyalahi undang-undang.
Namun begitu, kemuncak populariti Skim Pak Man Telo mula menemui titik noktahnya apabila Osman dihadapkan ke mahkamah pada 11 Januari 1990 atas pertuduhan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 kerana mengambil deposit daripada orang ramai tanpa Iesen yang sah. Osman telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM250,000. Denda tersebut
dijelaskan oleh Osman.
Bank Negara Malaysia mengambil tindakan untuk menuduh Osman, selepas lama memantau Skim Pak Man Telo. Turut dikhabarkan, semasa serbuan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Osman, pihak berkuasa tersebut turut merampas sejumlah RM1.7 juta wang tunai daripada pengasas skim cepat kaya itu.
Menurut rekod, Osman telah didakwa di mahkamah sebanyak dua kali dan pendakwaan kali kedua dijalankan pada 17 Julai 1991 pada usia 65 tahun atas pertuduhan kesalahan yang sama. Walaupun Osman pada mulanya membuat pengakuan tidak bersalah, tetapi kemudiannya telah menukar pengakuan bersalah pada hari pertama perbicaraan dijalankan. Akhirnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan setahun penjara sekiranya gagal membayar denda. Osman gagal membayar denda dan dipenjarakan selama dua tahun bermula 17 Julai 1991.
Selepas dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama, orang ramai mula berasa sangsi terhadap Skim Pak Man Telo terutamanya apabila kedengaran ada pelabur yang tidak Iagi menerima pulangan pelaburan. Menyedari situasi tersebut, pelbagai alasan telah diberikan kepada para pelabur oleh Osman, antara alasan yang telah diberikan adalah krisis Perang Teluk dan rampasan dokumen oleh BNM.
Operasi skim tersebut pernah dihentikan sementara oleh Osman dengan alasan dalam proses ‘menghalalkan’ skim cepat kaya itu dengan mengikut konsep pelaburan anjuran Bank Islam yang tidak memberi pulangan yang berganda kerana berunsurkan ‘riba’. Osman juga pernah dikenakan hukuman buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di Terengganu mengikut Ordinan Darurat.
Setelah bosan mendengar alasan-demi alasan yang diberikan oleh Osman akibat kegagalan membayar dividen yang telah dijanjikan, anak lelaki Osman telah diculik oleh sekumpulan enam orang lelaki pada 1991. Tujuan penculikan itu bertujuan memaksa Osman mengembalikan wang RM426,767 yang telah dilaburkan oleh mereka. Walaupun berjaya ditahan dan empat orang penculik didakwa di mahkamah, mereka hanya dijatuhi hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.
Osman dan keluarganya juga telah disaman oleh para pelabur yang tidak mendapat kembali wang pelaburan mereka berjumlah jutaan ringgit. Tindakan saman itu dimulakan bagi menghalang Osman atau ahli keluarganya daripada mengeluar atau memindahkan wang yang didakwa milik para pelabur.
Osman mengakhiri hayatnya di Kuala Berang, Terengganu ada 22 Disember 1997 di usia 70 tahun semasa masih dalam perintah buang daerah.
No comments:
Post a Comment