Kini hangat diperkatakan berkaitan dengan pelaburan emas. Kehangatannya bagaikan akan berlaku kencuran yang amat parah dalan sistem ekonomi dunia. Dalam aku membaca banyak artikal dalam blog, rencana dan artikal yang berkaitan, aku tertarik dengan satu artikal yang akan aku kongiskan bersama berkaitan amaran supaya kita semua mula menyimpan emas FIZIKAL.
Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya
Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun
lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang
emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Amaran 2: Sudah 80
tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40
tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun
memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem
urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Amaran
3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas
mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan
syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas
sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal
ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita...
Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang
kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...
Amaran 4: Abu Bakar
Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan
oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari
rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
Amaran 5: Filem 2012 yang telah
ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal
kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa
yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan
tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai
bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang
dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh
Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi
kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang
negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari
Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi
global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15
tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu
pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga
berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah
pun terjadi sekarang!
Itu saja yang dapat aku kongsikan.. So marilah kita mula menyimpan emas FIZIKAL. Biarlah memulakannya dengan sedikit dari terus tidak memulakannya...
No comments:
Post a Comment