Kita baru saja dengar cerita Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan. Macam-macam rancangan yang dibuat oleh kerajaan dengan bajet yang dipohon sebanyak RM 232.8 billion.
Itu cerita bajet kerajaan. Macam mana pulak dengan budget kita? Kita pun mesti ada 'budget kita sendiri. Tapi sebelum kita membuat budget kita, amatlah penting untuk menyedari bahawa untuk menjadi orang yang berjaya, kita mesti ada sebanyak informasi yang boleh supaya hasilnya dapat menunjukkan dari mana duit itu datang, berapa jumlah duit yang kita ada sekarang dan kemana duit kita pergi.
Bagaimana caranya?
- Kumpulkan semua penyata kewangan yang kita ada. Ia termasuk penyata bank, akaun pelaburan, bil-bil utiliti dan apa jua informasi yang berkaitan dengan pendapatan atau perbelanjaan kita. Tujuannya adalah untuk membuat purata pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan. Jadi, lagi banyak data yang kita ada, lagi la bagus.
- Rekod semua sumber income kita. Ia penting lebih-lebih lagi yang bekerja sendiri kerana kebanyakan yang bekerja sendiri ni tiada penyata income. Jadi, kenalah rajin untuk merekod semua sumber income dalam buku.
- Buat senarai expenses bulanan. Kena rajin sikitlah untuk tulis semua expenses biasa yang kita buat dalam sebulan. Ini termasuk bayaran downpayment kereta, rumah, insurans, bil utiliti dan sebagainya.
- Pecahkan expenses tersebut kepada fixed expenses dan variable expenses. Fixed expenses adalah perbelanjaan yang mempunyai amaun yang sama tiap-tiap bulan, seperti bayaran sewa rumah, loan kereta dan sebagainya. Variable expenses pula adalah perbelanjaan yang tidak tetap amaunnya tiap-tiap bulan, seperti belanja dapur, duit minyak dan seumpama dengannya. Kategori ini yang amat penting bila kita nak buat adjustment kepada expenses kita.
- Jumlahkan monthly income dan expenses anda. Kalau jumlah income lebih daripada jumlah expenses, then itu merupakan permulaan yang baik. Ini membolehkan korang untuk menggunakan lebihan tersebut kepada bahagian lain seperti simpanan, pelaburan atau menghabiskan hutang credit card korang. Tapi, kalau jumlah expenses lebih daripada jumlah income, korang kena buat item yang seterusnya di bawah ni.
- Buat adjustment pada expenses korang, terutamanya kepada mereka yang mempunyai jumlah expenses yang lebih daripada income. Buatlah adjustment sikit-sikit. Jangan buat secara mendadak. Nanti tercekik pulak.
- Buat budget review setiap bulan. Dengan cara ini, kita dapat keep track kesemua pendapatan & perbelanjaan kita
No comments:
Post a Comment