Dari kecik lagi, kita digalakkan asuh anak dengan didikan agama,
fahamkan mereka dengan rukun iman, rukun islam, rukun sembahyang, puasa,
sembahyang jemaah dan lain lain lagi lah.. selain tu kita perlu asuh anak-anak
untuk berdoa kepada orang tua. Bukan apa, supaya bila kita dah meninggal nanti,
anak-anak tak lupa doakan kita.. Insyalallah.. Besar harapan kita supaya
anak-anak kita berjaya di dunia dan jugak di akhirat..
Bapak borek, anak rintek.. anak-anak banyak meniru cara, gaya kita.
Kalau kita rajin sedekah, sembahyang berjemaah, jemaah dalam pelaburan, cakap
baik-baik, insyallah anak-anak jugak akan ikut..
Kita juga sentiasa digalakkan untuk menilai anak kita dan minat anak
kita. Sebab anak-anak boleh belajar dengan dua cara. Dengan cara bermain atau
dengan cara duduk kat kelas. Sistem pendidikan kita sekarang nii, cuma beri
penekanan kepada cara duduk kat kelas jee, dengar cikgu atau pensyarah
mengajar. Lepas tuu kita akan jawab exam. Siapa dapat markah tinggi, mereka tu
dianggap cerdik. Tapi macam mana dengan anak-anak yang suka bermain..??
Sebab itulah Kita digalakkan untuk terangkan pada anak-anak istilah
istilah pelaburan, misalnya apa itu aset, apa liabilities, apa od, apa kad
kredit, apa pasif income, apa tu syer, dan lain lain. Lagi bagus, kita sebagai
mak bapak laksanakan apa yang kita ajar kepada anak-anak. Sekarang nii, kita
terlibat dalam pelaburan hartanah, mungkin nanti kita main syer sikit, main CPO
sikit, ada pasif income dari ASB, yang penting, asalkan anak-anak kita boleh
nampak usaha kita, untuk dapat sumber-sumber pasif income. Sebab kemewahan
sebenar adalah bila pasif income kita lebih banyak berbanding perbelanjaan,
maka kita dah pun mewah......
Pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita adalah sebagai pelabur atau
bisnesman. Sebab profesion sebagai pelabur atau bisnesman nii, mereka cuma
bekerja sekali jee, tapi lepas tuu, setiap hari, setiap minggu atau setiap
bulan boleh dapat pasif income.. sebagai contoh macam kes aku.. profesion aku
adalah kerja makan gaji....Keja dan kerja dan kerja...... Cukup bulan dapat
duit gaji... Jadi untuk mendidik anak aku supaya paham apa itu pasif income aku
kenalah wujudkan bisnes sendiri supaya aku ade pasif income aku sendiri.
Contohnya bisnes sampingan aku adalah hasil rumah sewa, kebun sawit, untung
main syer, dividen ASB, dividen koperasi dan lain-lain..
So taklah nanti anak aku perli aku balik... Ajo dia orang macam-macam,
tapi kita hapeh..... Jom kita tngkatkan pasif income kita.. lagi cepat, lagi
bagus… sebab lagi freedom… Alllah hu Akhbar… ... abangensem.com puun masih keja
makan gaji walaupun rumah sewa dah Berderet-deret......
No comments:
Post a Comment