- Kurangkan bil telefon. Renungkan, anda membayar menggunakan duit hanya untuk bercakap. Jika membeli suatu benda, sekurang-kurangnya anda dapat melihat barang tersebut secara fizikal. Tapi untuk telefon, anda berbual, bayar, tapi tiada benda fizikal yang diperolehi.
- Beli peralatan mandian dan solekan yang murah. Setiap hari kita dihujani dengan iklan-iklan yang menunjukkan cara menjaga tubuh badan anda. Syampu atau yang sabun yang berjenama tidak akan membuatkan anda lebih hygien atau pembersih. Tubuh kita mengeluarkan bau yang semulajadi, jadi kenapa pula anda membiarkan syarikat pengiklanan yang menentukan apa yang terbaik untuk badan anda.
- Pilih senaman yang anda mampu. Tidak perlu menyertai kelab-kelab yang mahal. Tidak perlu membeli peralatan senaman yang di luar kemampuan kewangan. Senaman yang paling berkesan ialah berenang dan berlari. Murah dan tidak memerlukan kos.
- Gunakan perbankan online. Anda akan dapat menjimatkan masa daripada terpaksa memandu ke bank atau pejabat pos untuk membayar bil. Menjimatkan petrol, tol dan bayaran letak kereta. Dan anda tidak akan terlepas tarikh membayar lewat, kerana anda boleh melakukan pembayaran ke hadapan.
- Beli barang berkualiti. Konsep yang mudah, barang berkualiti biasanya lebih tahan lama. Tapi kena bezakan antara jenama dan kualiti, kerana yang anda mahukan ialah kualiti bukan jenama. Dengan barangan berkualiti, anda dapat berjimat dengan tidak perlu membeli barang tersebut lebih kerap.
- Elakkan aksesori kereta. Membeli aksesori dan mengubahsuai tidak akan dapat menukar Kancil atau sebarang kereta kepada kereta F1. Terimalah kereta tersebut seadanya, dan nikmatilah keseronokan menaikinya.
- Jangan mengejar fesyen. Kualiti yang perlu anda cari bukannya fesyen. Berpakaian mengikut aliran fesyen hanya akan mengeringkan poket anda. Lebih baik berpakaian mengikut cara konvensional, ia tidak akan pernah ketinggalan fesyen.
05 April 2011
Lagi Tip Jimat Duit......
Post kali ini dosertakan beberapa lagi tips untuk kita berjimat......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment