Wang adalah salah satu yang penting bagi kehidupan seharian kita. Dengan wang kita dapat meneruskan kehidupan kita. Kita dapat membeli makanan dan minuman, pakaian. Dengan wang kita dapat menyediakan tempat tinggal kita. Dengan wang juga kita dpat memiliki kenderaan untuk kegunaan harian. Dengan wang juga kita dapat membeli peralatan-peralatan yang diperlukan, TV Plasma, Peti Sejuk, Mesin Basuh dan lain-lain lagi, dari sebesar-besarnya hingga sekecil-kecilnya, top-up prepaid pun memerlukan wang. Begitulah pentingnya wang.
Penasihat-Penasihat kewangan mengatakan bahawa kita sepatutnya memperuntukkan 30% dari pendapatan untuk tabong kecemasan - bagaimana pandangan anda... Saya pun bersuju dengan pandangan itu, tetapi tidak semua orang yang dapat memperuntukan 30% itu. Ini semua bergantong kepada banyak atau sedikit pendapatan individu berkenaan. Tiada masalah bagi mereka yang berpendapatan tinggi, mungkin mereka boleh menyimpan lebih dari itu.
Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan rendah. Pendapatan yang mereka perolihi sekadar mencukupi untuk menampung penghidupan mereka, tiada peralatan-peralatan canggih yang mana orang lain memilikinya. Mereka sekadar cukup makan dan pakai sahaja. Itu sudah baik, ada diantara mereka yang tidak cukup makan dan pakai, bagaimana?
Bersyukurlah kerana kita didalam keadaan yang lebih selesa dari mereka-mereka itu. Walau bagaimana pun tabong kecemasan itu adalah penting. Kalau tidak dapat menabong 10%, cuba untuk menabong 5%, kalau 5% pun tak dapat juga, tabonglah sebanyak 1%. Tabong kecemasan itu adalah back-up money ketika kita dan keluarga ditimpa musibah. Kita tidak tahu masa dan ketikanya, mungkin cepat dan mungkin lambat.
Ketika kita dalam perjalan untuk pulang kekampong kerana ada urusan dikampong, mithalnya. Didalam perjalan itu kenderaan kita mengalami kerosakan. Wang dalam simpanan kita hanya mencukupi untuk perbelanjaan pergi dan balik dan perbelanjaan harian sehingga hujung bulan. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini, pada siapa kita akan mengadu, pada siapa kita akan minta pertolongan.
Entah bagaimana anak kecil meragam ditengah malam, entah apa yang tak kenanya, manalah kita tahu. Tiada jalan lain, selain membawa anak kecil tersebut ke klinik 24 jam. Itu sudah baik kerana ada klinik 24 jam, kalau tak ada bagaimana - masalahnya wang dalam simpanan adakah mencukupi untuk rawatan anak kecil berkenaan....
Cubalah fikir-fikirkan......
No comments:
Post a Comment