Salam semua...
Post saya kali ini merupakan post yang rasanya pernah saya utarakan sebelum ini... Bukannya apa sekadar untuk mengingat kembali betapa pentingnya kawalan perbalanjaan yang perlu kita buat... Ini merupakan satu perkara yang penting sebagai langkah kita menuju kekayaan. Itulah sebabnya peringatan ini perlulah sentiasa diulang .....
Berapakah pendapatan anda? Berapakah pula jumlah yang anda belanjakan? Adakah ianya mencukupi atau tidak? Jika tidak anda perlu berhati-hati dan segera bertindak merubah tabiat berbelanja anda.
Jika anda berpendapatan RM1,500.00 sebulan tidak sepatutnya anda berbelanja melebihi jumlah tersebut. Mungkin anda bertanya kembali;
“Bagaimana saya boleh berbelanja melebihan pendapatan saya RM1,500.00 sebulan? Sedangkan saya tidak mendapat sebarang wang tambahan?”
“Oh, ya!” Begini maksud saya.
“Anda mungkin tidak mendapat sebarang wang tambahan tetapi anda mungkin lupa anda telah mula membeli secara ansuran mudah, menggunakan Kad Kredit dan membuat pinjaman dengan saudara sulung anda(Along)!”;)
Anda faham maksud saya bukan?
Kemampuan berbelanja anda sebenarnya tidak terletak kepada berapa jumlah wang yang anda perolehi tetapi berapa jumlah yang mampu dan layak uuntuk anda berhutang. Lihat sahajalah kepada mereka yang memiliki kad kredit walaupun pendapatan mereka hanya RM3,000.00 sebulan namun dengan memiliki (3)tiga keping kad kredit yang mana setiap satu mempunyai had Kredit RM3,000.00, maka secara tidak langsung mereka memiliki keupayaan kredit untuk berhutang sejumlah RM9,000.00!
Maka tidak mustahil jika fakta bahawa 25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan bankrap adalah pengguna Kad Kredit!
Jadi saya dapat rasakan bahawa anda sudah faham apa maksud saya. Berbelanjalah sekadar kemampuan dan keupayaan anda untuk membayar secara tunai sepanjang masa. Hapuskan kad kredit jika anda gagal menjadikannya kad kredit. (Ini kerana kebanyakan daripada kita telah menjadikan kad kredit sebagai kad hutang-tiket untuk menjadikan diri anda Muflis!)
No comments:
Post a Comment