Rasanya telah lama saya tidak memaparkan post siri kewangan yang seterusnya.... Siri kewangan terakhir yang lalu adalah Siri Kewangan ke 12.. Diharap semua telah dapat memahami apa yang telah saya nyatakan.... Walaupun tidak dapat mengamalkan semuanya cukuplah sekadar menjadikkanya sebagai rujukan dalam melaksanakan usaha perancangan kewangan anda.....
Baiklah! Siri kewanan ke-13 pada hari ini berkaitan dengan "8 Langkah Membentuk Kewangan Stabil". Sebenarnya tidak ramai dari kita semua mampu mengurus dan merancang kewangan dengan baik. Ini disebabkan kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperolehi. Akibatnya.. hujung bulan merana diri.. itu tak cukup,ini tak cukup.. bil tertunggak sehingga 'TERTEKAN' dibuatnya.. betul tak? Jadi, tip kali ini menjurus kepada kaedah bagaimana membentuk kewangan yang stabil dalam ekonomi rumahtangga khususnya! Antara Langkah yang boleh dilaksanakan ialah.
- Gunakan Konsep 1/3 - Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.
- Bayar Awal Bulan - Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja.
- Buka Akaun Berasingan -1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak, simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan!
- Buat Pelaburan - Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB dan sebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan
- Jangan Tambah Hutang - Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinya secara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikit wang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut.
- Kad Kredit Bukan Kawan Anda - Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan! 'Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil!..
- Insurans - Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak,l iabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans.
- Beli Aset Tetap - Beli rumah jika anda mampu dan tiba masanya. Jika sebulan anda menyewa RM500, dengan jumlah sebanya kitu, anda mampu untuk membayar ansuran rumah apartmen yang berharga RM60,000! INGAT.. rumah meningkat nilainya pada setiap tahun!
Baiklah diharapkan dengan 8 tip yang saya berikan ini akan memberikan anda satu idea baru dalam merancang dan menguruskan kewangan dengan lebih baik!.....
Sekian,Wassalam.
No comments:
Post a Comment