29 September 2013

Skim Cepat Kaya - Bahananya....

Percayalah atau tidak saya berani katakan dengan yakin akan wujud skim seperti ini lagi walaupun pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak berwajib... 

Kerana apa ???????


Kerana Selagi ada manusia tamak dan ingin cepat kaya, skim sebegini tidak akan lupus di muka bumi ini.

27 September 2013

Lepas Kahwin Perut Lelaki Buncit - Puncanya....


Kalau anda perasan “kebanyakkan” lelaki Melayu buncit selepas kahwin?. Tak lah semua, tapi kebanyakan....... Tapi betul ke kajian sains mengatakan antara punca lelaki buncit selepas berkahwin adalah seperti berikut...

  1. Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya.Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
  2. Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth. 
  3. Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori. 
  4. Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.
 Sumber dari   http://sitiatikah.com/2012/05/30/punca-lelaki-buncit-selepas-kahwin/


Atau kajian logik seperti ini...


  1. Tak bersenam. Selain daripada aktiviti ‘bersenam’ yang dilakukan di malam hari, lelaki Melayu kalau lepas kahwin jarang dah bersukan. Kalau masa bujang dulu, mungkin seminggu sekali ikut kawan bujang lain main futsal atau badminton, sekarang tak lagi. Yelah, dah kahwin mesti kena jaga isteri, mungkin pergi balik kerja bersama, ada juga yang tak nak tinggalkan isteri sorang-sorang kat rumah. Jadi dah takde masa untuk bersukan dengan rakan yang bujang.
  2. Bahan ujikaji isteri. Isteri baru belajar masak so nak cuba macam-macam resipi baru. Pada siapa lagi sang isteri ni nak mintak feedback kalau tak suami mereka? Bila dah masak, kenalah habiskan sebab kalau tak habiskan, takut isteri kecik hati. Betul tak?
  3. Kebanyakan perempuan suka makan. Mereka suka cuba macam-macam makanan, tapi mereka tak makan banyak. Beli macam-macam, order itu ini, last-last yang dimakan sikit je. Suami yang kena habiskan.
  4. Malas bersenam. Ni sepatutnya jadi alasan no. 1. Kebanyakan daripada kita malas bersenam dan hanya bersenam bila dah terlambat. Contoh: Dah nampak boroi barulah nak start jogging keliling tasik. Bersenam ni sepatutnya dijadikan rutin mingguan dengan tujuan untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas, bukan semata-mata untuk mengempiskan perut yang buncit.
  5. Last sekali, makanan. Masakan Melayu ni memang kalori tinggi. Dulu-dulu, orang kita makan kalori tinggi takpe sebab mereka memerlukan tenaga banyak untuk bekerja membanting tulang di sawah padi. Sekarang tak lagi. Kerja dalam aircon, duduk depan komputer. Tak banyak guna tenaga. Bila digabungkan dengan faktor-faktor di atas, memang tak boleh elak dah masalah boroi ni.
Yang mana pilihan anda......

Pendapatan RM6000 - Tak Mampu Beli Rumah


Wahai rakyat malaysia...... Kalau dah pendapatan RM6000 sebulan masih tak mampu untuk memiliki rumah sendiri, bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan bulanan kurang dari itu......

Bersediakah anak-anak kita ntuk menempuhinya pada masa hadapan.....

26 September 2013

Bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia...




SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi. Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.  

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius. Allahyarham dilaporkan mengalami  masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam.
Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik. Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Sinar Harian

KWSP - Jumlah Kelayakan Melabur Di Unit Amanah...


Ramai yang bertanyakan samada mereka layak atau sebaliknya untuk menggunakan Akaun 1 KWSP bagi tujuan pelaburan ke Unit Amanah. 

Di sini saya sertakan jadual Jumlah Simpanan Asas (yang hanya valid sehingga 31 Dec 2013 kerana bermula 1 Jan 2014, simpanan asas akan dinaikkan). 

Bagaimana ingin mengira jumlah kelayakan pengeluaran? Andaikan Encik Ahmad berumur 36 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM100k dalam akaun 1.

Dengan itu, RM100k ditolak simpanan asas umur 36 iaitu RM32k, baki adalah RM68k. Untuk kali pertama, En ahmad boleh keluarkan 20% daripada RM68k, iaitu sebanyak RM13,600. Setiap 3 bulan En Ahmad boleh keluarkan lagi dan jumlahnya mengikut baki terkini akaun 1 ditolak dengan simpanan asas mengikut umur.

24 September 2013

Fenomena Kenaikan Harga - Cukupkah Pendapatan Kita...

Fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melanda sekarang...... Adakah pendapatan bulanan yang kita terima sekarang mencukupi. Apakah PENYELESAIANNYA.......

Bonus Koperasi Permodalan Felda 2012 - 6.5% Dilulus...



Bonus Koperasi Permodalan Felda (KPF) sejumlah 6.5% dijangka dibayar dlm masa terdekat ini setelah mendapat kelulusan  Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sumber dipetik dari laman web rasmi kpf...

Anggota-angota KPF yang dihargai;
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui surat Rujukan:SKM.IP.(AUDIT)N-712/5365/5 Jld. 8/(13) bertarikh 18 September 2013 telah meluluskan KPF membayar tambahan dividen bagi tahun kewangan 2012 sebanyak 6.5%
kepada 258 ribu anggota melibatkan bayaran berjumlah RM137.94 juta.
 
Penghantaran dokumen/arahan bayaran ke akaun bank anggota dan rancangan dijadualkan bermula 27 September 2013 (Jumaat).
 
Sekian harap maklum.