27 March 2013

IQWAN'S HOMESTAY Kini Beroperasi.....


Sekiranya kau orang berkunjung ke Selatan Tanah Air terutamanya dikawasan Muar, Tangkak, Pagoh dan Bukit Gambir, untuk tujuan melawat saudara mara, jemputan perkahwinan (atau kau sendiri yang melangsungkan perkahwinan), berbulan madu dan berseronok-seronok, melawat atau menghantar anak belajar (Kolej Kemahiran tinggi Mara Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, MRSM Muar, Sek Sains dll), membeli belah kain di Tangkak, atau saja-saja nak jalan makan angin dan lepas tu ingin mencari tempat untuk menginap, so aku perkenalkan pada kau orang sebuah lagi Homestay yang boleh disingahi. Homestay ini baru saja mula beroperasi dan dijamin memberikan keselesaan kepada kau orang semua..

IQWAN'S HOMESTAY menyediakan kemudahan penginapan yang amat selesa pada harga yang amat berpatutan untuk mereka yang mempunyai urusan kerja, menghadiri majlis perkahwinan, percutian dan sebarang urusan di sekitar kawasan Muar dan Ledang.
 
Kemudahan:  
  • Sebuah Corner Lot Banglow Setingkat
  • 3 bilik tidur (aircond di bilik utama)
  • 2 ruang tamu
  • Peti sejuk
  • Tv beserta Astro
  • 2 tandas dilengkapi water heater
  • Ruang parking yang luas
Lokasi yang amat strategik: 
  • Beralamat di : No 42, Jalan Desa 5, Taman Desa 2, 84800 Bukit Gambir, Ledang Johor. (Jalan masuk Utama ke Kg Sungai Bilah).
  • Kedudukan di dalam kawasan kampung yang mendamaikan
  • Hanya 1 minit ke Pekan Bukit Gambir (bank, kedai makan, pasaraya, KFC, stesyen minyak dan sebagainya)
  • Berhampiran dengan Gunung Ledang, bandar Muar dan bandar Tangkak
  • Berhampiran dengan plaza tol Tangkak dan Pagoh
  • Berhampiran dengan pelbagai pusat pendidikan (KKTM Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, Sek Men Sains Muar, Dll)
Kunjungi IQWAN'S HOMESTAY untuk kemudahan dan keselesaan anda... Disini...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


UNTUK MAKLUMAT LANJUT/TEMPAHAN:
 
HADI BIN AB HAMID - 0197779460
HJ. AB HAMID BIN KASDI - 0127974594
 
HANYA RM180/MALAM.....

Ruang Parking Kereta Yang  Luas
 
Ruang Tamu Utama Yang Luas
 
Bilik Tidur Utama
Bilik Tidur Kedua
 

Bilik Tidur Ketiga
Ruang Tamu Kedua Yang Juga Luas





22 March 2013

Tuntut Sewa Dari Buruh Binaan Indonesia - Boleh Ke...

Cerita hari ni saja nak aku kongsikan bersama kau orang diluar sana. Ianya berkaitan dengan pekerja Indonesia atau siapa saja buruh binaan yang menjadikan rumah kita yang sedang dalam pembinaan sebagai tempat tinggal sementaranya. Bolehkah kita menuntut sewa dari mereka kerana rumah tersebut secara rasminya adalah milik kita disebabkan kita telah menandatangi S&P dengan pemaju. Selain itu bayaran juga telah kita buat kepada pemaju secara berperingkat. Tak lupa juga intrest pada bank pun kita dah mula kena bayar. Senang-senang aje buruh tersebut duduk di rumah kita secara percuna kan....

Kalau nak mudah faham, jom baca soalan dibawah....

"Hari tu saya ada pergi tengok rumah saya di Bandar Saujana Putra (undercon). Alhamdulillah dah naik dah rumah tu as per progressive interest punya payment, 80% in progress tapi yang tak bestnya indon-indon kerja buat rumah tu dok ‘lepak’ kat rumah saya. Siap bawa anak bini dan bila saya cerita pada kengkawan saya, mereka cakap saya boleh claim sewa kat developer pasal pekerja kontrak tu duduk dalam rumah saya. Betul ke boleh claim Bang? Kalau betul, camne proper way untuk claim sewa tu?"

Tak payah kita rujuk pada lawyer pun aku dah boleh jawab.... Walaupun rumah itu sememangnya akan jadi milik kita, tetapi kita masih tak berkuasa pada rumah tersebut. Ini kerana dalam perjanjian pun ada menyatakan selagi rumah tu belum dibayar penuh oleh pihak bank dan juga selagi kunci belum diserahkan kepada kita, maka rumah itu masih lagi di bawah tanggungjawab pemaju dan kita tidak berhak untuk menuntut apa-apa dari pemaju (secara amnya) dan pekerja-pekerja kontrak Indonesia itu (secara khususnya).
 
So..
  • Janganlah berangan-angan nak buat untung dari rumah kita yang sedang dalam pembianan......
  • Jangan percaya sangat dengan kenyataan mengarut kawan-kawan ko orang tu... ;)

14 March 2013

Bank Rakyat - Dividen Berakhir 2012, Diumum 18%


Bank Rakyat semalam mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012. Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM2.11 billion. Nampaknya Bank Rakyat masih mengekalkan pembayaran divdennya iaitu melebihi 10%

Pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan diberikan bermula hari ini.

Diharap semua pencarum yang akan menerima dividen ini akan menggunakan rezeki yang dilimpahkan ini dengan sebaik yang mungkin selain memperuntukan sedikit untuk membuat penambahan dana simpanan hari tua nanti......

*** Simpanan seperti ini juga merupakan salah satu dari penjanaan pendapatan pasif...Kilk.

12 March 2013

Pinjaman Peribadi - Untungkah Pembiayaan semula....


Bagi post sebelum ini, pernah aku coretkan kaedah pengiraan bagi menyemak baki pinjaman peribadi yang telah kau orang buat. Tak cukup lagi aku sertakan kalkulator pengiraanya sekali. Kerja kau orang hanya masukkan data yang dikehendaki aje. Lepas tu  tahulah berapa baki pinjaman kau orang samada telah berkurangan atau langsung tak berkurang walaupun telah membuat bayaran bertahun lamanya. Lepas tu bolehlah buat perancangan untuk menambah pinjaman lagi... Bagi yang masih tak baca lagi bolehlah baca disini...

Hari ni aku nak kongsi satu perkara yg mungkin ingin sangat diketahui oleh kau orang diluar sana. Ini pun aku dapat dari beberapa blog yang aku baca dan aku rasa perlu dikongsikan bersama dengan kau orang semua. Ianya berkaitan dengan membuat pinjaman semula atau dengan kata lainnya refinance pinjaman peribadi kau orang.

Nak lagi faham jom baca soalan ini....
" saya ada buat personal loan dengan satu buah bank, keuntungan tahunan yang diambil ialah 5.25% dan bayaran bulanan sekarang ialah RM598. Tapi sekarang ni ada bank tengah offer personal lon juga dengan keuntungan tahuna 3.98%. Maknanya bayaran bulanan makin rendah. Adakah patut saya buat pinjaman semula untuk mendapat bayaran yang lebih rendah berbanding bayaran bulanan yang saya kena tanggung sekarang"
 
Jika dilihat dari tawaran yang dinyatakan, tentunya tanpa menggunakan kakulator pun sudah pasti akan memberikan keuntungan pada yang meminjam. Apakan lagi sekiranya kita meneliti jadual pembayaran yang diberikan oleh pihak bank kepada kita. Angka bayaran bulana pinjaman yang tertera pastinya amat menarik perhatian kita. Mengapa aku katakan begitu.......
  • Sekiranya kau orang membuat pinjaman berdasarkan baki pinjaman kau sekarang dan membayar ansuran seperti nilai yang bulanan yang kau bayar sekarang (RM598) pastinya tempoh bayaran akan menjadi lebih pendek dari baki tempoh bayaran sekarang. Maka secara tidak langsung jumlah keselurukan pinjaman dan faedah yang perlu kau bayar akan berkurangan. 
  • Sekiranya kau orang membuat pinjaman berdasarkan baki pinjaman kau dan mengekalkan baki tempoh bayaran, pastinya jumlah bayaran bulanan yang kau perlu bayar akan menjadi berkurangan (. Maka secara tidak langsung jumlah keselurukan pinjaman dan faedah yang perlu kau bayar akan berkurangan.
Tapi ingat, sebelum kau membuat keputusan untuk membuat pembiayan semula beberapa perkara tersirat perlu kau perhalusi terlebih dahulu.
  • Jumlah keseluruhan duit yang kau dah bayar pada bank.
  • Tempoh masa bayaran yang telah kau lakukan.
  • Baki semasa pinjaman sedia ada.
  • Kos proses seperti Takaful, Guaman, Setem Cukai adakah ditanggung pihak bank atau peminjam.
  • Denda sattelmant awal pada bank pemberi pinjaman asal.
  • Jumlah bersih duit yang akan kau dapat setelah pinjaman diluluskan.
  • Dan lain-lain syarat yang diberikan....
Ini kerana kos-kos inilah yang sebenarnya akan merugikan kita berbanding untung apabila membuat pembiayan semula. Sesungguhnya mana ada bank yang inginkan keuntungan yang sedikit dek kerana interest yang lebih rendah yang bakal dicajkan. 

11 March 2013

Berita Baik Untuk Penjawat Awam - Terkini....

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini... Ini adalah meklumat terkini untuk untuk Penjawat Awam seperti yang di umumkan Perdana Menteri kita sempena perjumpaan bersama Penjawat Awam di Putrajaya sebentar tadi. Walaupun aku masih belum faham dengan kenyataan tersebut. Apa pun aku sertakan kenyataan tersebut berdasarkan sumber yang aku perolehi dari Sinar Harian....

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;


- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian.

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak.

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum.

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca".

-Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Berita Baik Untuk Penjawat awam - Nantikan...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di PICC, Putrajaya, hari ini (11/03/2013). - Foto Khairull Azry Bidin (Berita Harian Online)

Seperti yang telah aku nyatakan disini........ Diharap semua penjawat awam bersabar. Semoga mendapat perkhabaran yang positif......

Buang Masa - Apakah Antara Tabiatnya...


 
Semua orang menganali gambar yang aku sertakan diatas bukan. Tentunya meraka yang mempunyai masalah kesihatan yang teramat-amat serius saja yang tidak menganali gambar tersebut. Kebanyakan dari kita sangat berkinginan untuk memiliki wang banyak, tetapi tidak langsung berusaha untuk memiliknya. Banyak masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja tanpa dipenuhi dengan perkara yang bermanafaat. Adakah kita tergolong salah seorang dari mereka........?. Mari kita kenali tabiat bagi meraka yang mempunyai tanda pengurusan masa yang salah......
  1. Tiada matlamat
  2. Tidak merancang kerja
  3. Tidak buat kerja
  4. Suka tangguh kerja
  5. Buat kerja saat akhir
  6. Kerja ringan buat ramai-ramai
  7. Malu bertanya
  8. Tunggu orang tidak penting
  9. Suka salahkan orang
  10. Kerja banyak dalam satu masa
  11. Kerja bila hanya disuruh
  12. Tidak pandai simpan barang
  13. Alat bekerja tidak betul
  14. Tak buat kerja pun.
  15. Masa belajar tidak sesuai
  16. Tonton televisyen terlalu lama
  17. Suka membebel
  18. Suka ulang kesilapan yang sama
  19. Suka mengelamun
  20. Suka berbual kosong
  21. Anda Boleh Tambah sendiri......


Semoga peringatan bersama ini menjadi panduan kita...................... (Termasuk aku Juga*&%#$@!)

09 March 2013

Homestay Faheem - Promosi.


Sekiranya kau orang berkunjung ke Selatan Tanah Air terutamanya dikawasan Muar, Tangkak, Pagoh dan Bukit Gambir, untuk tujuan melawat saudara mara, jemputan perkahwinan (atau kau sendiri yang melangsungkan perkahwinan), berbulan madu dan berseonok-seronok, melawat atau menghantar anak belajar (Kolej Kemahiran tinggi Mara Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, MRSM Muar, Sek Sains dll), membeli belah kain di Tangkak, atau saja-saja nak jalan makan angin dan lepas tu ingin mencari tempat untuk menginap, so aku perkenalkan pada kau orang sebuah Homestay yang boleh disingahi.

Homestay Faheem menyediakan kemudahan penginapan yang amat selesa pada harga yang amat berpatutan untuk mereka yang mempunyai urusan kerja, menghadiri majlis perkahwinan, percutian dan sebarang urusan di sekitar kawasan Muar dan Ledang.

Kemudahan:
  • Sebuah rumah semi-D setingkat
  • 3 bilik tidur (aircond di bilik utama)
  • 2 ruang tamu
  • Peti ais
  • Tv beserta Astro
  • 2 tandas dilengkapi water heater
  • Ruang parking yang luas
Lokasi yang amat strategik:
  • Beralamat di :  Taman Desa Jarum Jaya, Kampung Parit Jarum, Bukit Gambir, 84800 Ledang, Johor,
  • Kedudukan di dalam kawasan kampung yang mendamaikan
  • Hanya 3 minit ke Pekan Bukit Gambir (bank, kedai makan, pasaraya, KFC, stesyen minyak dan sebagainya) 
  • Berhampiran dengan Gunung Ledang, bandar Muar dan bandar Tangkak
  • Berhampiran dengan plaza tol Tangkak dan Pagoh
  • Berhampiran dengan pelbagai pusat pendidikan (KKTM Ledang, IKBN Pagoh, ILP Sagil, Sek Men   Sains Muar, Dll)
Kunjungi Homestay Faheem, keselesaan anda adalah keutamaan kami!ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT/TEMPAHAN:
 
HELMI - 0126026050
HJ. AB HAMID - 0127974594
 
HANYA RM150/MALAM..KESELESAAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI.
 
Anda juga boleh lawati  Facebook Homstay Faheem disini.. 
 
Laluan masuk ke Homestay Faheem
 
 

 

Ruang tamu yang selesa
 
 
  

Bilik tidur utama




 
 

08 March 2013

Siawa Dan Siswi - Idea Bisnes Untuk Anda...

Aku ni bukan seorang ahli perniagaan. Cuma hati ni meluap-luap nak berniaga. Sebab apa.... Sebabnya mudah iaitu hari-hari kita akn dapat duit. Untung rugi masih belum tahu lah tapi yang pasti akan dapat duit bila barang atau servis kita terjual...... Tak macam kerja makan gaji, Hujung bulan baru dapat duit. Satu lagi kalau kita kaji sejarah Bilionair dunia pun ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di universiti.

Disini nak aku kongsikan bersama kapada siswa dan siswi yang sedang belajar di IPT mahu pun IPTS beberapa idea bisnes mudah yang kau orang boleh lakukan. Bagi aku tak salah buat bisnes masa belajar ni, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Secara tak langsung sebenarnya kita dah mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Dan bila berniaga seawal mungkin, mungkin akan menjadi asas kepada pembinaan perniagaan yang lebih besar pada masa hadapan walaupun ianya hanya bermula dengan "part-time". Antara idea bismus yang mudah ialah ...

1. Jual Top Up
Ini Biz pasti tak rugi. Sekarang semua orang pakai handphone. Budak sekolah rendah pun sekarang dah pakai hp. Inikan lagi duduk kat universiti. Yang best mejoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger
Perniagaan ini memang aku tengok sendiri depan mata aku semasa aku study kat U dulu. Tapi malangnya penjual nasi lemak tu bukanya aku. Kalaulah orang tu dulu adalah aku... Mungkin aku dah tak keja makan gaji sekarang ni. Apa yang kau perlu buat ialah jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Kau beli dari mereka dengan harga rendah dan jual dengan ambil untung sikit. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Servis fotostat
Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.

Ok lah... aku rasa cukup buat masa ni... Nanti aku tambah lagi. Kalau kau amati idea yang aku tulis diatas aku rasa cukup-cukup mudah untuk kau lalukan. Kalau yang ni pun kau dah mengalah macam macam mana kau orang nak melakukan bisnus yang lebih susah sikit dari yang diatas.....

Selamat berniaga.

07 March 2013

Manusia Terkaya Di Dunia Tahun 2013



Sesungguhnya.... Memang kaya mereka ini...  Pelabur terhebat dunia (Warren Buffet) tempat keempat.....

1. Carlos Slim Helu (Telecom) ($73 billion)
2. Bill Gates (Microsoft) ($67 billion)
3. Amancio Ortega (Zara) ($57 billion)
4. Warren Buffet (Berkshire Hathaway) ($53.5 billion)
5. Larry Ellison (Oracle) ($43 billion)
6. Charles Koch (Diversified) ($34 billion)
7. David Koch (Diversified) ($34 billion)
8. Li Ka-Shing (Diversified) ($31 billion)
9. Liliane Bettencourt & Family (L’Oreal) ($30 billion)
10. Bernard Arnault (Louis Vutton & Bulgari) ($29 billion)
11. Christy Walton (Wal-Mart) ($28.2 billion)
12. Stefan Persson (Hennes & Mauritz) ($28 billion)
13. Michael Bloomberg (Bloomberg LP) ($27 billion)
14. Jim Walton (Wal-Mart) ($26.7 billion)
15. Sheldon Adelson (Casinos) ($26.5 billion)
16. Alice Walton (Wal-Mart) ($26.3 billion)
17. S Robson Walton (Wal-Mart) ($26.1 billion)
18. Karl Albrecht (Aldi Sud) ($26 billion)
19. Jeff Bezos (Amazon.com) ($25.2 billion)
20. Larry Page (Google) ($23 billion)

Sumber : Forbes.com

04 March 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu - Pasaran Saham Malaysia Terjejas..

Mungkin timbul persoalan kau orang di luar sana....

“Adakah pencerobohan di Lahad Datu menjejaskan pasaran saham Malaysia?”

Jawapan aku adalah, kalau pencerobohan hanya berlaku di Lahad Datu dan sekitarnya, aku berpandangan ianya tidak akan menjejaskan pasaran saham Malaysia. Sebaliknya jika berlaku dengan skala yang lebih besar (merebak ke seluruh Sabah, Sarawak & Semenanjung), tentunya akan memberikan kesan buruk kepada keseluruhan pasaran saham Malaysia..... Minta dijauhkan........

Takziah diucapkan kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

02 March 2013

Masalah Kewangan Serius - Apakah Tandanya....


Aku ni bukannya banyak sangat duit. Nak kata langsung tak ada masalah duit tu bohonglah. Tapi buat masa ni Insyallah.. Masih boleh dikatakan dalam kawalan. Nak kata susah sangat pun tak dan senang sangat pun tak. Tapi apa yang aku buat ialah pratikkan konsep pengurusan kewangan yang aku rasakan betul. Ilmu pasal pengurusan kewaangan ni bukan aku dapat gitu-gitu aje. Aku kena banyak belajar tak kiralah dari seminar-seminar mahupun bahan bacaan.

Hari ni aku nak kongsi bersama beberapa tanda yang boleh menjadi indicator kepada kita, samada kita ni menghadapi masalah kewangan yang serius atau pun tidak. Dengan cara ini barulah kita sedar siapa diri kita sebenarnya. Jangan kita ingat gaji kita tinggi kita rasa yang kita senang tapi sebaliknya. Bila kita selak kain kita barulah kita tahu yang seluar dalam kita dah banyak berlubang-lubang rupanya.

Mari kita lihat tanda-tanda yang kita ni rupanya ada masalah kewangan yang serius rupanya. Antaranya..........

1. Tiada Langsung Wang Simpanan.
Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Kita tak rasa kita memerlukan tabung ini … sehinggalah kecemasan berlaku. Justeru, sediakan payung sebelum hujan.

2. Gagal Menyimpan Dari Pendapatan/Gaji
Maknanya pendapatan yang kita perohehi sentiasa tak cukup untuk menampung keperluan dan KEHENDAK kita. Menabung adalah asas kepada kekayaan. Masukkan 10% daripada gaji kita setiap bulan ke dalam akaun simpanan. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Berbelanja Menggunakan Kad kradit.
Masalahnya...... Duit tak de tapi nafsu melonjak-lonjak nak juga barang tersebut. So beli juga dengan kad kradit. Dah kira hutanglah tu. Sedangkan anda langsung tak ada wang simpanan untuk bayar hutang kad kradit yang telah anda buat. Ingat.....Tidak ada istilah terpaksa kalau anda tak ada wang untuk memilik sesuatu. “Saya terpaksa guna kad kredit nak beli TV flat skrin 29 inci ni”.

4. Mengamalkan "Biar Papa Asal Bergaya"..