31 October 2011

Sikit-Sikit Akhirnya Jadi Bukit...

Sekadar untuk renungan untuk tingkatkan motivasi bersama.........

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Ya, pepatah ini mungkin sudah kita dengari sejak dari kita tadika lagi. Betapa kita selalu mudah lupa perkara-perkara yang enteng dan remeh sebegini. Nampak pepatah ini seakan-akan tidak memberi erti yang mendalam. Namun hakikatnya, pepatah ini memberikan erti yang memberi impak yang besar kepada sesiapa yang mengamalkannya, terutamanya di dalam aspek kewangan. Mana mungkin anda ada duit untuk melabur jika anda tidak punya simpanan yang cukup bukan? Dari mana datangnya simpanan yang bertimbun-timbun itu tadi? Sudah semestinya hasil daripada sedikit duit lebihan daripada pendapatan bulanan yang tidak kita belanjanya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dan bukit itu mungkin dapat menggapai langit serta mungkin juga bintang.

30 October 2011

Ajar Anak Kita Untuk Jadi Hartawan BERIMAN.....

Apa yang boleh kita katakan, anak-anak kita umpama kain putih, kita sebagai ibu bapak yang akan corakkannya.. heheh.. Bukan aku yang kata... Ustaz yang kata..... heheh.. apa pun teknik kita nasihatkan anak banyak mempengaruhi anak anak kita

Dari kecik lagi, kita digalakkan asuh anak dengan didikan agama, fahamkan mereka dengan rukun iman, rukun islam, rukun sembahyang, puasa, sembahyang jemaah dan lain lain lagi lah.. selain tu kita perlu asuh anak-anak untuk berdoa kepada orang tua. Bukan apa, supaya bila kita dah meninggal nanti, anak-anak tak lupa doakan kita.. Insyalallah.. Besar harapan kita supaya anak-anak kita berjaya di dunia dan jugak di akhirat..

Bapak borek, anak rintek.. anak-anak banyak meniru cara, gaya kita. Kalau kita rajin sedekah, sembahyang berjemaah, jemaah dalam pelaburan, cakap baik-baik, insyallah anak-anak jugak akan ikut..

Kita juga sentiasa digalakkan untuk menilai anak kita dan minat anak kita. Sebab anak-anak boleh belajar dengan dua cara. Dengan cara bermain atau dengan cara duduk kat kelas. Sistem pendidikan kita sekarang nii, cuma beri penekanan kepada cara duduk kat kelas jee, dengar cikgu atau pensyarah mengajar. Lepas tuu kita akan jawab exam. Siapa dapat markah tinggi, mereka tu dianggap cerdik. Tapi macam mana dengan anak-anak yang suka bermain..??

Sebab itulah Kita digalakkan untuk terangkan pada anak-anak istilah istilah pelaburan, misalnya apa itu aset, apa liabilities, apa od, apa kad kredit, apa pasif income, apa tu syer, dan lain lain. Lagi bagus, kita sebagai mak bapak laksanakan apa yang kita ajar kepada anak-anak. Sekarang nii, kita terlibat dalam pelaburan hartanah, mungkin nanti kita main syer sikit, main CPO sikit, ada pasif income dari ASB, yang penting, asalkan anak-anak kita boleh nampak usaha kita, untuk dapat sumber-sumber pasif income. Sebab kemewahan sebenar adalah bila pasif income kita lebih banyak berbanding perbelanjaan, maka kita dah pun mewah......

Pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita adalah sebagai pelabur atau bisnesman. Sebab profesion sebagai pelabur atau bisnesman nii, mereka cuma bekerja sekali jee, tapi lepas tuu, setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan boleh dapat pasif income.. sebagai contoh macam kes aku.. profesion aku adalah kerja makan gaji....Keja dan kerja dan kerja...... Cukup bulan dapat duit gaji... Jadi untuk mendidik anak aku supaya paham apa itu pasif income aku kenalah wujudkan bisnes sendiri supaya aku ade pasif income aku sendiri. Contohnya bisnes sampingan aku adalah hasil rumah sewa, kebun sawit, untung main syer, dividen ASB, dividen koperasi dan lain-lain..

So taklah nanti anak aku perli aku balik... Ajo dia orang macam-macam, tapi kita hapeh..... Jom kita tngkatkan pasif income kita.. lagi cepat, lagi bagus… sebab lagi freedom… Alllah hu Akhbar… ... abangensem.com puun masih keja makan gaji walaupun rumah sewa dah Berderet-deret......

29 October 2011

Macam-Macam Jenis Ayam : AYAM BANDAR, AYAM KAMPUNG, AYAM HUTAN, BAPAK AYAM..

Sabung apa yang aku tulis pada post lepas... Invest Ala Ayam Daging.. Terlintas dekat kepala aku... kalau kau orang perasan..sebenarnya kita nii dikelilingi oleh 2 jenis kumpulan orang.
Pertama kumpulan orang kaya, banyak duit, tapi tak tau duit nak buat apa. Mereka ni dok rumah bungalow, kereta mewah, beriman, pakaian berjenama, pasif income hebat, positif, sentiasa mencari peluang, ingin kan maklumat tepat dan cepat. Dan satu lagi kumpulan orang miskin, tak de duit, duit tak cukup. Diri aku nii pulak dlm kumpulan mana ekk? Yang pasti setakad nii bukan golongan kaya.. tapi tak lah sampai tergolong dlm golongan miskin atau pun papa.. Minta dijauhkan lah ....

Tapi macam mana ye aku nak jadi golongan yang pertama tu... Aku sebenarnya dah bosan dengan apa yang aku lalui sekarang.. Tapi masih tak berani nak buat macam golongan pertama tu... Sebabnya pasif incone masi ciput sangat..

Penat lah kerja makan gaji.  Asyik kenah arah aje.. Lepas tu keja ikut time... Nak buat suka-suka pun tak leh... Wktu keja kalau nak keluar kena isi borang.. Nak cuti kena isi borang dll lagi lah..  Dok geram-geram layan perasaan. Tu lah aku terfikir, macam mana lah aku boleh bekerjasama dengan orang kaya? Maksud aku..yang kaya tambah kaya.. yang aku miskin nii berubah jadi sederhana.. win win lah
Cadang nak buat kerja part time.. tapi nak buat apa ekk?? Nak niaga pasar malam.. nak niaga apa lak? Nak buat ebook.. cerita pasal apa... lepas tu ada orang beli kee? Tapi apa yang aku tau cuma kebun sawit aje.. Nak rempit kat bidang sawit modal tinggi.. Lain tu tahulah  Sikit-sikit pasal financial. Bukan apa.. kalau boleh dapat 1-2K extra money sebulan syok gak kan. Boleh gak invest kat ASB. Harapan tuu melampau.. tinggi menggunung. heh hehe. Usaha tak tak dee pun..........

Alangkah bagusnya.. kalau dah de pasif income yang banyak... Tak payah keja makan gaji lagi kan.... Duduk aje ade income.... Lepas tu blh buat apa kita suka kan.... Kalau nak tambah income pun kita boleh buat apa yang kita suka... Tak payah terpaksa buat benda yang tak kita suka kerana terpaksa nak dapatkan duit belanja... Betul tak... Tapi Nak buat ape.... Tension........
Alamak....... Kau orang mesti tunggu pasal investor ala ayam kampung kan.. Macam mana lah aku nak jawab ye.. Sebenarnya aku masih tak ade idea lagi ni.... sebabnya aku pun sebenarnya investor ala ayam daging.. Nahas.. nahas aku.. Mampus .. hhe hehe hehe.. Nantilah tunggu aku dapat idea.......... Tungguuuuuuuuu.........

28 October 2011

Mari Mula Menyimpan Emas....

Kini hangat diperkatakan berkaitan dengan pelaburan emas. Kehangatannya bagaikan akan berlaku kencuran yang amat parah dalan sistem ekonomi dunia. Dalam aku membaca banyak artikal dalam blog, rencana dan artikal yang berkaitan, aku tertarik dengan satu artikal yang akan aku kongiskan bersama berkaitan amaran supaya kita semua mula menyimpan emas FIZIKAL.

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata: Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!

Itu saja yang dapat aku kongsikan.. So marilah kita mula menyimpan emas FIZIKAL. Biarlah memulakannya dengan sedikit dari terus tidak memulakannya...

Macam Mana Nak Cari Modal.....

Ramai dari kita nii… tak sabar nak kumpul modal. Kalu boleh terus je hari ni nak ada 1 juta dalam akaun. Tak leh lah macam tuu. Dalam proses kumpul modal nii.. kita kena sabar. Usaha dari satu peringkat ke satu peringkat. Hari ni lebih baik dari semalam, esok pulak lebih baik dari hari nii. Orang Cina kata man man aaa..

Kumpul modal nii ala macam kita belajar kat U laa. Yang seronoknya belajar nii.. proses belajar tuu.. dari tahun satu ada orentasi, pastu masuk tahun dua, ada awek.. belajar sama-sama, pastu cuti sem, masuk tahun 3 dan seterusnya. Tiru buat assignment, tak tido malam, exam lak bawak toyol. Proses nii lah yang best.Bila konvo pakai baju konvo, ambik degree, lambung topi, ambik gambar dengan awek, kenalkan ngan mak bapak.. semua tuu cuma best sekejap jee. hehe hehe. Betul ke ni?

Samalah jugak dalam proses kumpul modal. Maksudnya aktiviti yang kita buat. Macam mana kita olah financial kita. Ada yang ada modal terus melabur kat swichcash pastu telingkup, kumpul modal balik konon pertanian adalah perniagaan, tanam lah cili, cili lak daun kerinting. Terlingkup. Orang sibuk buat direct selling, kita pun joint, invest lah sampai puluh ribu.. pastu tertipu.

Gagal pastu gagal lagi. Dari sini baru kita belajar. Kita bina network, kenal ramai kawan, belajar teknik invest, konsep invest, sampai lah kita jumpa 1 teknik yang betul untuk invest. Proses nii yang paling mahal. Proses nii yang menguji sama kita ni investor ala ayam daging atau investor ala ayam kampung.

Investor ala ayam daging nii.. lebih kepada investor pakej. Semua orang siapkan. Ala macam ayam daging dok dalam reban tuu.. semua tuan siapkan, tuan bagi makan.. dia makan.. tuan bagi makan ubat. dia makan.. tido ada aircond, berak tuan cuci, sampai masa, kena sembelih. Investor macam nii tak syok lah. Tak mencabar langsung.

Investor jenis nii langsung tak kreatif. Apa mereka buat untuk dapat modal. Ikut cara orang lain jee. Nak dapat modal, simpan lah duit gaji ciput-ciput dalam ASB, hujung tahun tunggu dividen, pastu keluarkan duit KWSP baru lah boleh invest, insuran matang jee nak keluarkan.. konon nak invest lah, sapa yang kerja kerajaan lak, sibuk lah nak buat loan kerajaan konon nak invest rumah, yang kerja privet lak, ambik loan majikan. Mak bapak bagi tanah.. dia pun cagarkan kat bank.. dapat duit tuu baru boleh invesst. Lebih teruk lagi.. pinjam duit mak bapak.. konon nak invest. Paling ketawa.. ambik personal loan pulak, baru belajar nak invest.....


Bukan lah idea tu tak bagus. Bagus juga sebenarnya. Sebab terbukti ramai orang yang dah berjaya jadi pelabur guna cara nii. ..... Bagi aku ini adalah cara yang paling selamat... Cuma satu aje... iaitu modal yg kita target akan lambat untuk dicapai... Aku pun guna cara ni juga sebanarnya.. ha..ha... Biasalah  "Low Risk Low Profit....."

Untuk lebih cepat berjaya.. aku kita mesti jadi pelabur ala ayam kampung. Kreatif and smart.....
Nanti Kita cerita pulak pasal invest cara ayam kampung....

21 October 2011

Muammar Gaddafi Dah Meninggal Dunia

Muammar Gaddafi meninggal dunia. Apa yang dilaporkan adalah, Muammar Gaddafi telah bersembunyi di dalam lubang di kota kelahiran Sirte. Ia berulang sekali lagi di mana ia sama seperti apa yang terjadi kepada Saddam Hussein yang bersembunyi di dalam lubang di Tikrit. Diktator-diktator dari istana yang besar dan gah ini akhirnya jatuh dan tumbang di lubang-lubang di bawah tanah….
(Reuters) – Former Libyan leader Muammar Gaddafi died of wounds suffered on Thursday as fighters battling to complete an eight-month-old uprising against his rule overran his hometown Sirte, Libya’s interim rulers said. His killing, which came swiftly after his capture near Sirte, is the most dramatic single development in the Arab Spring revolts that have unseated rulers in Egypt and Tunisia and threatened the grip on power of the leaders of Syria and Yemen.
“He (Gaddafi) was also hit in his head,” National Transitional Council official Abdel Majid Mlegta told Reuters. “There was a lot of firing against his group and he died.”
Mlegta told Reuters earlier that Gaddafi, who was in his late 60s, was captured and wounded in both legs at dawn on Thursday as he tried to flee in a convoy which NATO warplanes attacked. He said he had been taken away by an ambulance. There was no independent confirmation of his remarks.
An anti-Gaddafi fighter said Gaddafi had been found hiding in a hole in the ground and had said “Don’t shoot, don’t shoot” to the men who grabbed him. His capture followed within minutes of the fall of Sirte, a development that extinguished the last significant resistance by forces loyal to the deposed leader. The capture of Sirte and the death of Gaddafi means Libya’s ruling NTC should now begin the task of forging a new democratic system which it had said it would get under way after the city, built as a showpiece for Gaddafi’s rule, had fallen.
Gaddafi, wanted by the International Criminal Court on charges of ordering the killing of civilians, was toppled by rebel forces on August 23 after 42 years of one-man rule over the oil-producing North African state. NTC fighters hoisted the red, black and green national flag above a large utilities building in the center of a newly-captured Sirte neighborhood and celebratory gunfire broke out among their ecstatic and relieved comrades.
Hundreds of NTC troops had surrounded the Mediterranean coastal town for weeks in a chaotic struggle that killed and wounded scores of the besieging forces and an unknown number of defenders. NTC fighters said there were a large number of corpses inside the last redoubts of the Gaddafi troops. It was not immediately possible to verify that information. (Sumber Gambar & Berita : Reuters) 
Apa-apa pun masa depan negara Libya sekarang ini selepas jatuhnya pemerintahan Muammar Gaddafi dan berita Muammar Ghadafi mati & meninggal dunia ini terletak di tangan orang-orang yang bertanggungjawab melakukan revolusi yang telah berlarutan berbulan-bulan lamanya. Cerah atau gemilang masa depan negara Libya selepas ini, kita tunggu dan lihat sahaja.

P/S : Ini semua adalah petunjuk oleh Tuhan. Apabila diberikan tugas dan tanggungjawab, galaslah dengan baik & amanah. Yang dah pergi, biarkan pergi, yang tinggal inilah jangan diulangi kesilapan lampau, lakukan dengan sebaiknya. Walauapapun, roda itu bulat…
Satu lagi.... Adakah kematian Muammar Ghadafi ini akan memberi kesan keatas ekonomi dunia.....

20 October 2011

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust – 2.

Mari kita sambung semula dari Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust - 1 tempoh hari.…

3. Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi : - Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian ke atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur. Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melalui UTMC dan Ejen Institusi Unit Trust. Lemih mudah lagi kini boleh dilakukan dengan kaedah Online Saja.... Semuanya dihujung jari anda...

4.  Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure) : - Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment kedalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda kedalam kesemua aset tersebut secara serentak.. Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.
 
5.  Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah : - Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?

6.  Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin : - Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.

Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Macam SAYA.......

Berapa Nilai Diri Kita..

Pernah tak korang dengar atau terbaca pasal How much are you worth?”. Kiranya, kalau orang nak “beli” kita, berapa sepatutnya dia bayar untuk dapatkan kita. Apa pulak faktor yang boleh menentukan harga kita?.Wow, dah macam trading barang lelong lah pulak. Tapi inilah hakikat dunia pekerjaan hari ni. Siapa yang hebat, boleh demand gaji tinggi-tinggi. Sape yang banyak pengetahuan dan pengalaman, akan ditawarkan jawatan dan gaji yang lumayan. Semua orang pun mengidam nak pakai kereta besar, rumah besar, gaji besar, faedah persaraan yang mewah dan macam-macam lagi.

Tapi adakah semua orang boleh mendapatkannya?. Tak semudah itu. Peluang dan jawatan yang ada terhad, calonnya pulak berlambak-lambak. Silap gaya, jadi perebutan dan lobi-melobi, ada yang sanggup bergaduh dan guna taktik kotor semata-mata nak dapatkan jawatan tinggi yang ditawarkan.
Pendek kata, kalau nak tunggu jawatan yang orang tawarkan, kena hebat segala-galanya. Kalau tak berapa hebat, kita boleh bayangkan dapat jawatan dan gaji besar dalam mimpi saja..hehehe..

Penting sangat ke nak tau berapa nilai kita?. Takleh ke hidup macam sekarang je, janji orang tak kacau kita dan kita dapat gaji cukup untuk sara hidup dan keluarga. Happy apa. Memang la happy bang.. tapi apahal yang kita dok bengang bila ada orang lain dapat bonus atau gaji lebih tinggi tiap-tiap tahun sedangkan kita nampak kerja mereka macam kita jugak..hahahaha.. biasa tengok kan senario cam ni..

Itu pasal kita nak kena kaji sikit apa yang kita ada yang bernilai pada orang lain atau pasaran. Ini bukan cerita jual maruah weh.. ini cerita pasal kelebihan kita yang boleh ditukarkan kepada monetary reward. Contoh, ada orang hebat bercakap. Kalau bagi topik apa pun, dia boleh cakap sampai berjam-jam tanpa henti. Tapi yang dengar dia cakap, hanyalah kawan-kawan yang makan tengahari sama-sama. Takde bayaran pun dia cakap penat-penat..hehehe..
Berbeza pula orang yang “pandai” bercakap dengan khalayak yang betul. Cakap 1 jam, dia caj orang sampai RM1,000. Cakap 2 jam, dah dapat RM2,000. Kalau sehari dia bercakap, kena bayar RM15,000. Wow.. best betul bercakap orang bayar. Ada orang yang bernilai dari segi kemahirannya menguruskan perniagaan. Bagi apa saja tugasan yang mencabar, dia pasti boleh selesaikannya dengan cemerlang. Orang macam ni, bukan dia yang cari kerja, kerja yang berebut-rebut cari dia.

Pada aku, nilai pasaran kita jadi tak berapa penting bila kita dah capai kebebasan kewangan. Bebas dari segi belengu hutang jahat (takde untung) dan bebas dari kemelut kais pagi makan pagi (ada pasif income yang stabil).

Kalau kita dipancing kerana nilai pasaran kita hebat, kita akan terikat dengan beban kerja yang banyak dan expectation dari pihak pengurusan. Kita akan penat dengan kerja dan kurang masa untuk “enjoy” walaupun duit gaji yang yang diperolehi adalah tinggi.Sememangnya kita perlukan korbankan masa bersama keluarga untuk kumpul duit secukupnya untuk masa depan. Walau bagaimanapun, alangkah bestnya, kalau kita dapat capai itu semua tanpa perlu korbankan masa bersama keluarga dan masyarakat.

Inilah yang dicari-cari oleh ramai orang di dunia. Duit yang banyak, masa yang banyak untuk dihabiskan bersama orang tersayang. Natijahnya, kedua-dua tu tak boleh diperolehi serentak. Hanya segelintir orang saja dapat kedua-duanya serentak. Kita bukan anak raja, so mimpi di siang hari lah kalau harapkan dapat duit banyak dan boleh lepak goyang kaki saja di rumah. Kita kena kerja berhempas pulas, mengharapkan gaji naik setiap tahun, dan mengharapkan juga ada lebihan gaji yang cukup untuk bawak anak bini jalan-jalan makan angin sekali sekala.

Oleh yang demikian usaha dan penat lelah yang kika lalui kini jangan disia-siakan. Pendaptan yang kita perolehi kina gunakanlah untuk develop portfolio pasif income. In the end, kalau kita berjaya capai matlamat pasif income yang disasarkan, pastikan kita akan dapat duit dan masa serentak!. Best kan. Masa tu, nak kerja pun boleh, nak relaks goyang kaki pun boleh. Anytime boleh plan untuk spend masa bersama keluarga untuk reward ourselves.

Jadi,,,, apa tunggu lagi, mulalah kita nak belajar teknik-teknik untuk generate passive income yang halal. Kalau orang lain berebut2 nak jawatan penting dan besar sebab nak gaji banyak, kita guna teknik lain tanpa perlu berebut2 benda yang tak kekal tu....................

Mari kita setkan sendiri ........ how much you are worth!!!!!!!!!!!

18 October 2011

KWSP - Menyingkap Kembali...

Serat pendedahan daripada KWSP sendiri berkenaan dengan pelaburan KWSP.


 

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust - 1.

Rentetan dari pos yg lepas....

Mari kita lihat pula apa yang best sangat melabur dalam skim unit trust ni?
Bagi orang biasa macam saya ni, mana le ada skill atau masa untuk buat penyelidikan dan analisis stock market. Anda semua pun tau kan, nak mengendalikan portfolio pelaburan yang dipegang secara direct ni, setiap individu tu perlu tau banyak maklumat dan sentiman pasaran terkini. Tambahan pula, sekarang ni pasaran kewangan bergerak semakin pantas dan canggih, maknanya kita perlu sentiasa follow perkembangan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber.
Contohnya, dalam beberapa bulan sebelum ini, pasaran saham Malaysia telah mengalami kejatuhan yang ketara. Dan kini  barulah bursa Malaysia dan beberapa pasaran utama dunia yang lain kearah pemulihan dan naik semula…hmm, Kesemua ini adalah disebabkan dorongan beberapa perkara semasa seperti permasalahan ekonomi di Amerika, Eropah dan lain lagi. Kesemua perkara ini akan memberi kesan kepada pasaran samam semasa. So info2 macam ni pun kita kena ambil tahu kalau kita direct invest dalam stock market.

Kesimpulannya, nak buat semua benda2 ni bukannya mudah... pastu pulak makan masa dan kos yang tinggi. So, skim unit trust le cara paling ideal untuk melabur. Dalam unit trust, beban keja2 khenyah tadi kita alihkan kepada orang2 yang pro dalam mengendalikan investment iaitu UTMC.

Selain daripada tu, beberapa faedah utama melabur dalam skim unit trust ni adalah seperti berikut.
  1. Kepelbagaian : - Sebelum ni pun saya dah sebutkan, kalau kita bersendirian direct invest dalam stock market, dengan modal yang kecil, berapa stock kita boleh beli?.. itu belum tanya lagi berapa kauter kita boleh beli? Kat sini le kelebihan skim unit trust. Dengan pengumpulan dana yang lebih besar, UTMC boleh membeli pelbagai jenis pelaburan. Jadi, dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
  2. Pengurusan Profesional : - Keputusan pelaburan dana dalam skim uni trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Kita akan mendapat faedah ini berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan kita dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.
Sambung....

Definisi Unit Trust.

Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di setengah2 negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”…contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.

Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…

Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).

17 October 2011

Berhati-hati Dengan Hutang Lapuk

Dalam Aku melayari beberapa blog bagi memenuhi masaku yang terluang, terjumpa satu artikal yang menarik perhatianku untuk dikongsi bersama. Artikal ini telah ku olah untuk dikongsi buat peringatan pada diri sendiri dan pembaca semua.
Hutang lapuk adalah pinjaman yang kita ambil untuk membeli atau membiayai perkara yang akan susut nilainya.’

Jenis hutang ini sangat mudah dikenali. Cuma namanya sahaja yang beraneka seperti pembiayaan peribadi, pinjaman kenderaan, ansuran mudah, sewa beli, kad kredit dan pelbagai jolokan lagi.
Masalah dengan hutang jenis ini, bukannya Kita tidak cuba elakkan tetapi ianya meresap ke dalam hidup kita dengan amat perlahan sekali. Sehingga kita hampir-hampir tidak menyedarinya. Ia menyamar seolah-olah sebahagian daripada kehidupan padahal ianya adalah barah kewangan dan kesannya sungguh teruk serta membawa akibat buruk.

Sebagai contoh, kini anda telah memiliki sebuah rumah untuk berteduh dari hujan dan panas. Tapi anda perlukan kenderaan untuk memudahkan berulang alik ke tempat kerja dan pergi bersiar-siar. Lagi pula tentunya rumah anda itu kurang serinya tanpa perabot yang menawan. Penghawa dingin yang menyamankan dikala tengahari. Pemanas air yang menyegarkan. Penapis air yang menambah kualiti hidup. Menghilangkan penat lelah sambil menonton siaran tv berbayar. Mendengar muzik sambil menonton dengan set teater rumah. Anda juga memerlukan sebuah komputer peribadi untuk memudahkan kerja atau melayari internet.

Anda mahu memiliki kesemuanya. Kemampuan kewangan anda pula membatasi. Tapi itu bukan masalah besar kerana anda boleh memiliki kesemuanya sekaligus dengan cara berhutang. Pelbagai skim ditawarkan kini. Tanpa anda sedari hutang sudah di paras hidung dan anda semakin lemas di dalamnya.

Ini adalah garis panduan mudah dan umum bagaimana anda boleh menyelamatkan diri daripada cengkaman hutang lapuk. (cepat atau lambatnya anda terlepas adalah bergantung kepada kesungguhan dan kegigihan anda sendiri)
  1. Bina azam dalam diri untuk menghapuskan kesemua hutang.
  2. Senaraikan semua hutang-hutang lapuk anda.
  3. Buat satu perancangan menyeluruh bagaimana membayar kesemua hutang.
  4. Berjimat cermat untuk mendapatkan wang tambahan membayar hutang-hutang itu.
Atau alternatif kepada langkah 4 ini ialah..
  • Wujudkan sumber pendapatan tambahan lain!
Suka di ingatkan bahawa; Percaya atau tidak, semakin sedikit hutang yang anda pikul itu bermakna anda semakin kaya. Walaupun pendapatan anda tidak bertambah!

Nota*
Kewangan sebenarnya adalah subjek yang amat seronok, penuh taktik dan menarik kerana terdapat pelbagai pembolehubah yang boleh kita dimanipulasikan.

Masalah Kewangan Membawa Kepada Tekanan Emosi dan Mental

Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang. Malumat yang aku petik dari sebuah akhbar terkenal.......
KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga ‘sandwich’ kerana kemampuan kewangan mereka terhad.

Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak. “Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.

Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.
Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu.
LPPKN kini mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai Dasar Keluarga Negara (DKN).

Aminah berkata, cadangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang sesi jelajah di seluruh negara itu akan disampaikan kepada kerajaan sama ada bagi menambah baik dasar sedia ada atau menggubal dasar baru

Kereta Mahal Pun Boleh Terbakar

Salam,

Sememangnya pos kali int mungkin telah anda baca. Namun iianya sekadar untuk renungan kita bersama.....

Kereta mahal dan mewah tak semestinya perfect..itulah ungkapan yang aku boleh berikan kepada pemilik sebuah Lamorghini Gallardo yang berharga RM1.6juta. Cerita ini dipaparkan di akhbar The Star pada 24 September 2011.
Lamborghini Terbakar...Kereta Mewah Pun Boleh Jadi Macam ni gak...
Lebih ‘menyayat hati’ kereta sport mewah yang bernombor 18 ini sepatutnya membawa Kekayaan Yang Terjamin kepada pemiliknya…sebab itulah kepercayaan kaum China terhadap nombor 18.
Kejadian ini berlaku pada 23 September berhampiran di Bukit Damansara jam 11.50am. Pemilik Lamborghini ini adalah seorang businessman berusia 31 tahun (inilah yang memotivasikan aku untuk jadi businessman gak ni)…kaya nya dia..
Businessman tersebut tak mahu nama dia didedahkan memberitahu dia membawa kereta tersebut setelah seminggu tidak memandu kereta tersebut untuk memastikan kereta tersebut berada di dalam keadaan yang baik. Namun sebaliknya yang berlaku, semasa dia menuruni bukit di Jalan Beringin, ada asap keluar dari bahagian enjin. Nasib baik dia sempat menyelematkan diri.
Itulah kisah kereta…tak semua kereta mahal itu perfect.dan tak semestinya kereta lebih murah tu tak sempurna..memberi contoh kereta Perodua Kelisa isteri ku..setelah 6 tahun guna..tak pernah sekalipun kereta tersebut memberi masalah kepada kami.
Bagaimana dengan kereta Proton? begitu lah juga..tak semuanya bermasalah..ratio yang bermasalah mungkin kecil, tapi disebabkan oleh majoriti pengguna Malaysia menggunakan kereta Proton, jadi, ratio kecil menjadi besar berbanding dengan Kereta-kereta brand Toyota serta Honda.

13 October 2011

Bagaimana Nak Buat Bajet Sendiri

Assalamualaikum semua...

Kita baru saja dengar cerita Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan. Macam-macam rancangan yang dibuat oleh kerajaan dengan bajet yang dipohon sebanyak RM 232.8 billion.

Itu cerita bajet kerajaan. Macam mana pulak dengan budget kita? Kita pun mesti ada 'budget kita sendiri. Tapi sebelum kita membuat budget kita, amatlah penting untuk menyedari bahawa untuk menjadi orang yang berjaya, kita mesti ada sebanyak informasi yang boleh supaya hasilnya dapat menunjukkan dari mana duit itu datang, berapa jumlah duit yang kita ada sekarang dan kemana duit kita pergi.

Bagaimana caranya?
  1. Kumpulkan semua penyata kewangan yang kita ada. Ia termasuk penyata bank, akaun pelaburan, bil-bil utiliti dan apa jua informasi yang berkaitan dengan pendapatan atau perbelanjaan kita. Tujuannya adalah untuk membuat purata pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan. Jadi, lagi banyak data yang kita ada, lagi la bagus.
  2. Rekod semua sumber income kita. Ia penting lebih-lebih lagi yang bekerja sendiri kerana kebanyakan yang bekerja sendiri ni tiada penyata income. Jadi, kenalah rajin untuk merekod semua sumber income dalam buku.
  3. Buat senarai expenses bulanan. Kena rajin sikitlah untuk tulis semua expenses biasa yang kita buat dalam sebulan. Ini termasuk bayaran downpayment kereta, rumah, insurans, bil utiliti dan sebagainya.
  4. Pecahkan expenses tersebut kepada fixed expenses dan variable expenses. Fixed expenses adalah perbelanjaan yang mempunyai amaun yang sama tiap-tiap bulan, seperti bayaran sewa rumah, loan kereta dan sebagainya. Variable expenses pula adalah perbelanjaan yang tidak tetap amaunnya tiap-tiap bulan, seperti belanja dapur, duit minyak dan seumpama dengannya. Kategori ini yang amat penting bila kita nak buat adjustment kepada expenses kita.
  5. Jumlahkan monthly income dan expenses anda. Kalau jumlah income lebih daripada jumlah expenses, then itu merupakan permulaan yang baik. Ini membolehkan korang untuk menggunakan lebihan tersebut kepada bahagian lain seperti simpanan, pelaburan atau menghabiskan hutang credit card korang. Tapi, kalau jumlah expenses lebih daripada jumlah income, korang kena buat item yang seterusnya di bawah ni.
  6. Buat adjustment pada expenses korang, terutamanya kepada mereka yang mempunyai jumlah expenses yang lebih daripada income. Buatlah adjustment sikit-sikit. Jangan buat secara mendadak. Nanti tercekik pulak.
  7. Buat budget review setiap bulan. Dengan cara ini, kita dapat keep track kesemua pendapatan & perbelanjaan kita

12 October 2011

Pasal Cuti Bersalin Yg Tak Pernah Kita Tahu..


Salam,
Bermula 1 Mei 2009, kakitangan awam boleh memulakan cuti bersalin lebih awal maksimum dua minggu lebih awal. Bukan saya ingin menyatakan kegembiraan mengenai polisi baru tersebut, namun saya menganggap ianya adalah satu langkah ketinggalan zaman.
Sebenarnya, kakitangan swasta telah lama menikmati faedah tersebut. Malah, Seksyen 37 (1) (b) Employment Act 1955 (Akta Kerja 1955), memberi kebenaran kepada pekerja wanita untuk memulakan cuti bersalin 30 hari lebih daripada tarikh bersalin.
Namun ramai kalangan pekerja swasta tidak menyedari adanya klaus tersebut di dalam Akta Kerja 1955. Malah ada yang tidak mengetahui langsung mereka masih layak untuk mendapat faedah cuti bersalin berbayar (atau gaji dua bulan) walaupun mereka telah meletakkan jawatan atau tidak lagi bekerja dengan syarikat tersebut.
Pelik? Tetapi itulah kebenarannya: Seksyen 37 (2) (a) meletakkan dua kriteria utama bagi melayakkan pekerja wanita mendapat cuti bersalin berbayar:
(2) (a) A female employee shall be entitled to receive maternity allowance for the eligible period from her employer if-
(i) she has been employed by the employer at any time in the four months immediately before her confinement; and
(ii) she has been employed by the employer for a period of, or periods amounting in the aggregate to, not less than ninety days during the nine months immediately before her confinement.
Sepanjang saya menjalankan Kursus Akta Kerja 1955 semasa di Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), tak ada seorang pun yang boleh memberikan penerangan yang lengkap seksyen yang saya ‘quote’ kan di atas. Rugi sekali bagi pekerja wanita yang tidak mengetahui hak mereka untuk mendapat gaji dua bulan walaupun mereka telah meninggalkan syarikat terdahulu!!! Syaratnya mudah saja, mereka hendaklah telah bekerja selama 90 hari di Syarikat sepanjang tempoh mengandung, dan bersalin dalam tempoh empat bulan dari tarikh peletakan jawatan.
Bagaimana kalau pekerja wanita tersebut meletakkan jawatan dan terus bekerja di Syarikat baru selama 90 hari, adakah beliau layak untuk mendapat ‘DUA’ faedah cuti bersalin? Sememangnya tidak, kerana tujuan klaus tersebut dalam Akta Kerja adalah untuk memberi ruang kepada Majikan Baru bagi menuntut pembayaran cuti bersalin secara nisbah purata (pro rated) daripada majikan lama, sekiranya majikan baru memberikan gaji dua bulan semasa tempoh bersalin (seksyen 37 (3) Akta Kerja 1955).
Dengan adanya klaus tersebut, majikan tidak perlu risau lagi untuk mengambil pekerja yang sarat mengandung, kerana mereka tidak perlu menanggung pembayaran cuti bersalin dua bulan kerana kos tersebut boleh dikongsi dengan majikan terdahulu. Jadi, pekerja wanita tidak akan di diskriminasi untuk mendapat pekerjaan baru walaupun mereka sedang mengandung.
oppss..sekarang saya mula terfikir…Sisters In Islam tahu ke kewujudan klaus ni dalam Akta Kerja 1955?