17 May 2011

7 Langkah Asas Pengurusan Kewangan..

Dalam saya melayari berbagai-bagai blog kewangan, terjumpa satu info rang boleh kita kongsikan bersama. Dari rajah diatas dapar dihuraikan berkaitan langkah asas pengurusan kewangan. Setiap aras menggambarkan keperluan dan peratusan setiap asas pengurusan tersebut. Huraiannya adalah seperti dibawah...
  1. PENDAPATAN (Income);
    Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.

11 May 2011

Duit - Bagaimana Supaya Tidak Berkurang...

Rentetan dari post aku yang lepas aku sertakan satu post yang aku baca dari sebuah blog... Kau orang bacalah dan cuba fahamkan... Seronok betul kalau aku adalah orangnya... Mana taknya kita boleh membelanjakan duit kita untuk memiliki apa yang kita kehendaki, tetapi duit yang kita ada tidak berkurang walau sedikit pun....... Ianya serba sedikit menerangkan maksud gambar yang aku sertakan diatas tu......

Ceritanya....

Korang dah baca ke citer kat suratkhabar pagi ni yang bagitau sebuah flat kat Monte Carlo telah dibeli oleh Pak Syeikh dari Arab pada harga 240 juta euro (RM953.40 juta). Kalau belum, mungkin korang boleh klik link ni untuk baca.
Aku rasa ramai yang akan kata membazir duit je beli flat sampai mahal camtu tapi mungkin jugak Pak Syeikh ni dah tak tau nak buat apa dengan duit dia, pasal tu la dia sanggup beli pada harga yang sebegitu mahal. Nak bersedekah mungkin dah banyak yang dia sedekahkan sampaikan dah takde fakir miskin kat tempat dia untuk dia infaqkan hartanya.
Korang jangan terkejut pulak dengan apa yang aku cakapkan kat atas tu sebab aku pernah tengok kengkawan aku yang ‘kaya gila’ yang duit diorang ni tak pernah luak-luak (habis). Mula-mula dulu pun aku musykil gak tapi lepas aku berguru dengan diorang ni baru le aku tau sebenarnya duit yang diorang beli kete Porsche, Merck atau pun Beemer diorang tu sebenarnya bukan duit diorang pun sebaliknya dari duit dividen dan profit sharing yang diorang dah invest. Bukannya macam kita, duit gaji dan komisyen yang kita dapat tiap bulanlah yang kita dok gunakan untuk membeli barang-barang ‘mewah’ ni. Itu pun tak cukup mewah sebenarnya kalau dibandingkan dengan mereka-mereka yang jauh lebih kaya. Apa yang aku nak tekankan kat sini, korang invest la dulu duit simpanan korang tu supaya dividen atau profitnya boleh korang gunakan untuk beli barang-barang mewah yang lain.
Kat sini aku nak ceritakan satu kisah tentang kawan aku sewaktu dia dapat duit hasil jualan tanahnya kat Prang Besar (sekarang dikenali sebagai Putrajaya). Banyak tu takde la tapi berjuta jugak jumlahnya. Mamat ni yang dulunya hanyalah seorang despatch pejabat lawyer terkejut beruk bila mana duit profit sharing yang dia dapat dari simpanan FDnya sebulan (tempat simpanan hasil jualan tanahnya) hampir sama dengan gajinya selama setahun. Alhamdulillah dia masih beringat dan meneruskan kehidupan sederhananya walaupun tidak lagi bekerja sebagai mat despatch. Kalau korang nak tau, dengan duit profit FD itulah digunakan untuk membayar instalment sebuah kereta yang lebih besar bagi menggantikan kereta Satrianya dan juga sebuah rumah 2-storey bagi menggantikan flat yang didiaminya. Sedangkan duit pokoknya (principal) masih lagi tak terusik kat dalam FD tu. Mungkin korang akan kata “kalau dapat kat aku, sure aku akan laburkan kat tempat yang boleh buat lebih banyak duit” tapi dah jenisnya orang yang sederhana, korang tau tak apa yang dia cakap kat aku? “Meor, duit banyak mana pun takkan cukup” dan sampai sekarang aku pegang kata-kata dia tu sebagai peringatan buat diriku....
Ehsan dari abangensem.com..