30 March 2011

Cerita Lawak - Telur Rebus......

Mari sama-sama kita layan cerita lawak ni yang aku dapat dari sebuah laman web.............

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi t
oilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...

ALAMAK!!! !!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.

.......Pastikan Semua Perkara Yang Nak Dibut Tak Akan Menyusahkan Kita Kemudiannya.....

Berbelanjalah Ikut Kemampuan.....

Salam semua...

Post saya kali ini merupakan post yang rasanya pernah saya utarakan sebelum ini... Bukannya apa sekadar untuk mengingat kembali betapa pentingnya kawalan perbalanjaan yang perlu kita buat... Ini merupakan satu perkara yang penting sebagai langkah kita menuju kekayaan. Itulah sebabnya peringatan ini perlulah sentiasa diulang .....

Berapakah pendapatan anda? Berapakah pula jumlah yang anda belanjakan? Adakah ianya mencukupi atau tidak? Jika tidak anda perlu berhati-hati dan segera bertindak merubah tabiat berbelanja anda.

Jika anda berpendapatan RM1,500.00 sebulan tidak sepatutnya anda berbelanja melebihi jumlah tersebut. Mungkin anda bertanya kembali;

“Bagaimana saya boleh berbelanja melebihan pendapatan saya RM1,500.00 sebulan? Sedangkan saya tidak mendapat sebarang wang tambahan?”

“Oh, ya!” Begini maksud saya.

“Anda mungkin tidak mendapat sebarang wang tambahan tetapi anda mungkin lupa anda telah mula membeli secara ansuran mudah, menggunakan Kad Kredit dan membuat pinjaman dengan saudara sulung anda(Along)!”;)

Anda faham maksud saya bukan?

Kemampuan berbelanja anda sebenarnya tidak terletak kepada berapa jumlah wang yang anda perolehi tetapi berapa jumlah yang mampu dan layak uuntuk anda berhutang. Lihat sahajalah kepada mereka yang memiliki kad kredit walaupun pendapatan mereka hanya RM3,000.00 sebulan namun dengan memiliki (3)tiga keping kad kredit yang mana setiap satu mempunyai had Kredit RM3,000.00, maka secara tidak langsung mereka memiliki keupayaan kredit untuk berhutang sejumlah RM9,000.00!

Maka tidak mustahil jika fakta bahawa 25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan bankrap adalah pengguna Kad Kredit!

Jadi saya dapat rasakan bahawa anda sudah faham apa maksud saya. Berbelanjalah sekadar kemampuan dan keupayaan anda untuk membayar secara tunai sepanjang masa. Hapuskan kad kredit jika anda gagal menjadikannya kad kredit. (Ini kerana kebanyakan daripada kita telah menjadikan kad kredit sebagai kad hutang-tiket untuk menjadikan diri anda Muflis!)

28 March 2011

Mari Kita Baca Cerita Lawak.....

Pos kali ini saja saya selitkan untuk kita semua bergelak ketawa....... tapi kalau ada yang tersirat untuk direnungkan.... bolehlah diikirkan...

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

25 March 2011

Perkataan Mesti & Mahu - Apa Bezanya......

Kali ini saya akan membicarakan satu pendekatan psikologi yang jarang sekali diberi perhatian oleh kebanyakan kita. Ianya sesuatu yang ‘simple’ tetapi berkuasa…

Saya ingin bertanya kepada anda semua, apa bezanya di antara dua perkataan berikut, Mesti dan Mahu? Baiklah biar saya jelaskan di sini agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan salah satu perkataan berikut. Ada perbezaan yang ketara di antara kedua ayat ini. “Saya mahu menjadi kaya!” dengan “Saya mesti menjadi kaya!” kedua-dua ayat tersebut membawa kepada objektif dan matlamat yang hampir sama. Namun begitu, ianya tidak akan memberi kesan dan tindakan yang sama. Mengapa saya berkata begitu?

Ini kerana boleh dikatakan semua orang mahu menjadi kaya tetapi mereka tidak pula mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencapai matlamat berkenaan. Sebaliknya mereka lebih banyak mencipta alasan di sebalik keinginan mereka itu. Ini dapat dilihat sebaik sahaja mereka menemui rintangan dan kegagalan. Maka tidak hairanlah ada di antaranya terus berhenti dan berputus asa. Berbeza dengan mereka yang ‘mesti’ menjadi kaya kerana mereka meletakkan komitmen dan kesungguhan yang berterusan tidak kira apa pun yang terjadi. Selagi mereka belum berjaya mereka akan teruskan sehingga mereka mencapai impian dan matlamat yang telah ditetapkan.

Jadi untuk itu, saya sarankan anda mulai sekarang anda ‘MESTI’ menggunakan perkataan yang membawa maksud yang lebih berkesan bagi apa sahaja tindakan anda. Ini kerana mereka yang menjadi kaya ialah mereka yang mesti mencapai matlamat kekayaan mereka.

23 March 2011

Kad Kredit - Syarat Baru BNM...

Kad kredit dikatakan satu virus yang mampu membunuh secara perlahan?
Itu yang banyak terjadi dan menyebabkan baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah tetapkan syarat-syarat baru untuk pemegang kad kredit!
Antara syarat-syarat baru pemilikan kad kredit di Malaysia bermula 2011:
  1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
  2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
  3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
  4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.
  5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar. (Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum kredit anda adalah Rm6000 sahaja!)
  6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baru ini.
Ini adalah antara salah satu langkah BNM untuk mengelakkan lebih ramai orang yang jatuh miskin akibat hutang kad kredit yang tak mampu dibayar.

16 March 2011

Over Draff - Apa Sebenarnya......

Ramai yang sudah tahu tentang OD atau Over Draft dan masih ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu biarlah saya terangkan dengan ringkas apa itu OD dan fungsi-fungsinya.

OD atau Over Draft adalah satu perkhidmatan dari pihak bank. OD merupakan pinjaman bercagar dari bank. Untuk mendapatkan OD, pemohon hendak mencagarkan tanah, rumah, sijil Fix Deposit, sijil ASB atau Sijil ASW. Wang yang boleh digunakan atau credit limit dari OD ialah sebanyak 90% - 95% dari nilai cagaran, tertakluk kepada bank-bank yang berkenaan.

Fugsi-fungsi OD:

- gunakan credit OD, tanpa menjejaskan wang cagaran
- pinjaman 90% - 95% dari nilai cagaran
- faedah keatas baki pinjaman
- bayaran bulanan keatas faedah harian
- boleh bayar faedah sahaja
- tiada had pembayaran balik

Bank-bank yang menawarkan OD:

- Maybank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-0 (5.55%)
- RHBank - 95% pinjaman dengan faedah BLR-1 (5.55-1 = 4.55%)
- CIMBank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-2 (5.55-2 = 3.55%)

OD sangat popular kepada kaum Cina khususnya peniaga dan usahawan. Dengan pembiayaan dari OD, mereka dapat mengembangkan perniagaan atau projek mereka. Kebiasaannya mereka menggunakan sijil Fix Deposit sebagai cagaran.

Bagi masyarakat Bumiputra sijil ASB /sijil ASW dijadikan sebagai cagaran. Ramai juga yang menggunakan wang OD untuk perniagaan atau projek mereka dan ramai juga yang menggunakan wang OD untuk dilaburkan dalam ASB / ASW semula.

Samada wang OD digunakan untuk perniagaan, projek atau dilabur dalam ASB / ASW, ianya memang menguntungkan. Mengapa tidak, faedah pinjaman 5.55%, manakala dividen ASB pula 8.55%, untung 3% dengan menggunakan wang bank.

15 March 2011

Wang Dan Anda...

Wang adalah salah satu yang penting bagi kehidupan seharian kita. Dengan wang kita dapat meneruskan kehidupan kita. Kita dapat membeli makanan dan minuman, pakaian. Dengan wang kita dapat menyediakan tempat tinggal kita. Dengan wang juga kita dpat memiliki kenderaan untuk kegunaan harian. Dengan wang juga kita dapat membeli peralatan-peralatan yang diperlukan, TV Plasma, Peti Sejuk, Mesin Basuh dan lain-lain lagi, dari sebesar-besarnya hingga sekecil-kecilnya, top-up prepaid pun memerlukan wang. Begitulah pentingnya wang.

Penasihat-Penasihat kewangan mengatakan bahawa kita sepatutnya memperuntukkan 30% dari pendapatan untuk tabong kecemasan - bagaimana pandangan anda... Saya pun bersuju dengan pandangan itu, tetapi tidak semua orang yang dapat memperuntukan 30% itu. Ini semua bergantong kepada banyak atau sedikit pendapatan individu berkenaan. Tiada masalah bagi mereka yang berpendapatan tinggi, mungkin mereka boleh menyimpan lebih dari itu.

Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan rendah. Pendapatan yang mereka perolihi sekadar mencukupi untuk menampung penghidupan mereka, tiada peralatan-peralatan canggih yang mana orang lain memilikinya. Mereka sekadar cukup makan dan pakai sahaja. Itu sudah baik, ada diantara mereka yang tidak cukup makan dan pakai, bagaimana?

Bersyukurlah kerana kita didalam keadaan yang lebih selesa dari mereka-mereka itu. Walau bagaimana pun tabong kecemasan itu adalah penting. Kalau tidak dapat menabong 10%, cuba untuk menabong 5%, kalau 5% pun tak dapat juga, tabonglah sebanyak 1%. Tabong kecemasan itu adalah back-up money ketika kita dan keluarga ditimpa musibah. Kita tidak tahu masa dan ketikanya, mungkin cepat dan mungkin lambat.

Ketika kita dalam perjalan untuk pulang kekampong kerana ada urusan dikampong, mithalnya. Didalam perjalan itu kenderaan kita mengalami kerosakan. Wang dalam simpanan kita hanya mencukupi untuk perbelanjaan pergi dan balik dan perbelanjaan harian sehingga hujung bulan. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini, pada siapa kita akan mengadu, pada siapa kita akan minta pertolongan.

Entah bagaimana anak kecil meragam ditengah malam, entah apa yang tak kenanya, manalah kita tahu. Tiada jalan lain, selain membawa anak kecil tersebut ke klinik 24 jam. Itu sudah baik kerana ada klinik 24 jam, kalau tak ada bagaimana - masalahnya wang dalam simpanan adakah mencukupi untuk rawatan anak kecil berkenaan....

Cubalah fikir-fikirkan......