01 November 2010

Siri Kewangan 15 - Adakah Kewangan Anda Selamat & Terjamin...

Sebelum saya berikan tip berkenaan tajuk post pada hari ini, sila jawab soalan saya..
Adakah anda mempunyai satu pekerjaan sahaja atau hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja?
.......... Jawab dulu... tapi dalam hatilah yer ..............

Ramai yang merasakan dengan memiliki satu pekerjaan, hidup mereka terjamin dan selamat serta tiada masalah kewangan.. Tetapi.. hakikatnya.. Terdapat 3 perkara penting yang akan memberikan 'keselesaan' yang berpanjangan dan InsyaAllah anda tidak akan berdepan dengan masalah kewanganlagi selepas ini..

Perkara penting tersebut ialah..
  1. Mempunyai simpanan kecemasan yang cukup: - Simpanan kecemasan ini bertujuan untuk menjadi 'backup' sekiranya anda diberhentikan kerja kelak. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan baru ketika ini. Jadi, simpanan kecemasan yang mesti anda miliki ialah sekurang-kurangnya ialah 3 bulan pendapatan dan sebaik-baiknya 6 bulan pendapatan bulanan anda
  2. Sumber pendapatan kedua :- Pendapatan kedua ini bukanlah semata-mata untuk menambahkan pendapatan anda atau untuk menjadi kaya dengan lebih cepat sebaliknya ia merupakan 'backup' juga apabila berlaku situasi sepert iyang tidak dijangka.. contohnya..- Dibuang kerja untuk mengurangkan kos syarikat, Syarikat bangkrup, Dipecat kerana salah laku dan masalah disiplin atau masalah-masalah lain. Ingat! Jangan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji kerana kuasa bukan ditangan anda sebaliknya ditangan majikan!
  3. Nilai insurans yang cukup :- Pepatah kata.. "sediakan payung sebelum hujan" amat sesuai untuk dikaitkan dengan insurans ini. Jangan ragu-ragu untuk mengambil insurans kerana ianya merupakan pelindung kepada harta dan kewangan anda. Misalnya.. kereta anda hilang, rumah terbakar, anda sakit dan terpaksa mendapat rawatan pakar di hospital.. sekurang-kurangnya insurans dapat menampung sebahagian daripada malapetaka kewangan yang berlaku ke atas anda dan keluarga!. (NOTA : Insurans bukan pelaburan tetapi ia merupakanalat untuk melindungi harta dan kewangan anda). Diharapkan tip kali ini membuka mata kita semua bahawa tidak semestinya bekerja makan gaji boleh menjamin keselamatan di dalam kewangan kita..
Sekian,Wassalam.