20 October 2010

Anda Sayang Duit Anda - Renungan

Adakah anda memyayangi duit anda..... sudah pastinya... setiap hari kita berkerja dan berusaha hanya dengan mendapatkan duit.... Hanya mereka yang berkerja dan berusaha sahaja yang tahu betapa susahnya mendapatkan duit.... Sudah pastinya mereka semua akan menyayangi duit....


"OUR HARD EARNED MONEY... DON'T EVER TOUCH IT!!!"


Anda sayang duit anda, saya juga sayang duit saya. Saya nak duit saya banyak dengan cara yang sah dan halal, saya mahu beri kesenangan kepada "isteri-isteri" saya.
  • Sayang duit tapi kenapa habiskan?
  • Sayang duit tapi kenapa tak kembangkan?
  • Sayang duit tapi kenapa tak buat lagi banyak duit?

PELABURAN TERBAIK

Ramai orang kata kenapa tak KEMBANGKAN duit anda dengan pelaburan? Tapi tahukah anda apa pelaburan yang paling baik?.... MELABUR DALAM ILMU = PELABURAN TERBAIK!

Anda pernah dengan perumpamaan ALAT PANCING dan IKAN? Lebih kurang bunyinya begini;"Jika yang diberi itu ikan, maka sekali makan dah habis,tapi jika yang diberi itu alat pancing, maka ianya lebih baik kerana lebih banyak ikan yang dapat ditangkap.

Dalam kes ini;

  • IKAN = Duit segera Alat
  • PANCING = ILMU.

Mana lebih baik? Jadi setuju tak jika saya katakan pelaburan yang paling baik adalah melabur dalam ILMU..

17 October 2010

Siri Kewangan 14 - Buka Akaun Simpanan Anak......



Siri Kewangan pada hari ini agak menariksedikit kerana saya akan membawa anda berfikir tentang masa depan kewangan anak anda. Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelumsaya meneruskan siri kewangan ini..
  1. Sudah ah anda membukan akaun simpanan untuk anak anda?
  2. Adakah wang simpanan tersebut di simpan ditempat yang betul?
  3. Apakah matlamat kewangan simpanan anak anda tersebut. Pendidikan atau Kesenangan?
  4. Adakah anda membuat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun anak anda?

Apa pun jawapannya, teruskan membaca post ini dan mungkin anda akan menemui penyelesaian yang terbaik untuk simpanan kewangan masa depan anak anda.

1# Di mana tempat yang baik, sesuai dan memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang? Anda boleh pilih antara TIGA :

  • Tabung Haji - 5% setahun
  • ASD (Amanah Saham Didik) - 6%-7% setahun
  • Emas - secara puratanya 20% setahun!
  • Pelbagaikan dengan menyimpan di dalam ketiga-tiga jenis diatas.

2# Berapa yang anda perlu tabungkan setiap bulan di dalam akaun anak anda?

  • Secara mudahnya, tabungkan sebanyak mana yang anda mampu untuk anak anda. Jika tidak, saya syorkan RM20 sebulan iaitu RM10 dari suami dan RM10 dari isteri (minimum). RM20 sebulan = RM240 setahun. Dengan pulangan sebanyak 6% setahun selama 17 tahunviaitu dari anak anda lahir sehingga tamat SPM, jumlah tabungan akan menjadi RM6,771.09. Keuntunga nyang diperolehi daripada simpanan ialah RM2,691.09. Itu kalau RM20 sebulan, kalau RM50 sebulan? Tabungan anak anda akan menjadi RM16,927.73 selepas17 tahun! Ini semua tidak termasuk duit raya yang diperolehi oleh anak anda setiap tahun. Katalah secara purata duit raya yang anak anda perolehi ialah RM200 dalam setahun dan anda menabung RM50 setiap bulan. Bermakna, anda menabung ke dalam akaun anak anda adalah sebanyak RM800 setahun. Berapa jumlah tabungan anak anda selepas 17 tahun dengan kadar pulangan ialah 6% setahun? Jumlahnya ialah RM22,570.30! Dengan duit sebanyak itu, anda boleh merancang untuk anak anda.. (Yuran pengajian atau Kos hidup sepanjang anak anda berada di Universiti atau Wang untuk mula hidup secara berdikari) AJAIB kan? Hanya RM50 jer sebulan!Maka dengan sebab itulah, simpanlah dan tabunglah wang anak anda ke dalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang terbaik untuk masa depan anak anda. Walaupun nilainya hanya RM10 sekalipun, ia akan menjadi BESAR dalam jangka masa yang panjang!

10 October 2010

Siri Kewangan 13 - Membentuk Kesetabilan Kewangan.....

Salam sejahtera..

Rasanya telah lama saya tidak memaparkan post siri kewangan yang seterusnya.... Siri kewangan terakhir yang lalu adalah Siri Kewangan ke 12.. Diharap semua telah dapat memahami apa yang telah saya nyatakan.... Walaupun tidak dapat mengamalkan semuanya cukuplah sekadar menjadikkanya sebagai rujukan dalam melaksanakan usaha perancangan kewangan anda.....

Baiklah! Siri kewanan ke-13 pada hari ini berkaitan dengan "8 Langkah Membentuk Kewangan Stabil". Sebenarnya tidak ramai dari kita semua mampu mengurus dan merancang kewangan dengan baik. Ini disebabkan kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperolehi. Akibatnya.. hujung bulan merana diri.. itu tak cukup,ini tak cukup.. bil tertunggak sehingga 'TERTEKAN' dibuatnya.. betul tak? Jadi, tip kali ini menjurus kepada kaedah bagaimana membentuk kewangan yang stabil dalam ekonomi rumahtangga khususnya! Antara Langkah yang boleh dilaksanakan ialah.
  1. Gunakan Konsep 1/3 - Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.
  2. Bayar Awal Bulan - Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja.
  3. Buka Akaun Berasingan -1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak, simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan!
  4. Buat Pelaburan - Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB dan sebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan
  5. Jangan Tambah Hutang - Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinya secara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikit wang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut.
  6. Kad Kredit Bukan Kawan Anda - Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan! 'Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil!..
  7. Insurans - Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak,l iabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans.
  8. Beli Aset Tetap - Beli rumah jika anda mampu dan tiba masanya. Jika sebulan anda menyewa RM500, dengan jumlah sebanya kitu, anda mampu untuk membayar ansuran rumah apartmen yang berharga RM60,000! INGAT.. rumah meningkat nilainya pada setiap tahun!

Baiklah diharapkan dengan 8 tip yang saya berikan ini akan memberikan anda satu idea baru dalam merancang dan menguruskan kewangan dengan lebih baik!.....

Sekian,Wassalam.

06 October 2010

Perancangan Kewangan - Apa Faedahnya.....



Perancangan Kewangan ..... Tak bestlah sebab tak boleh pergi membeli belah dan berseronok seronok.

Buat masa sekarang memang anda terpaksa korbankan sedikit aktiviti keseronokan. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda kerap pergi membeli belah di kompleks pasaraya tanpa perancangan sehingga membuatkan anda membeli barangan seperti baju dan kasut menggunakan kad kredit sedangkan kad kredit suami anda sudah hampir maksimum pengunaannya, maka tangguhkanlah buat sementara.

Sebenarnya anda boleh menangguhkan sedikit pembelian baju dan kasut menggunakan kad kredit. Begitu juga pembelian perabot rumah melalui skim ansuran mudah. Barangan memang mudah diperolehi. Tanpa bayaran pun boleh dapat barang. Tetapi, kos sebenar mungkin berkali kali ganda sehingga boleh dapat beli satu lagi barang jika menggunakan tunai.

Melalui perancangan kewangan yang teratur, anda boleh menyediakan wang yang cukup untuk membeli apa yang dihajatkan pada masa akan datang. Kos pembelian menggunakan tunai lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian secara hutang. Berbelanjalah setakat yang anda mampu sahaja. Ukurlah baju di badan sendiri. Jika anda tidak mampu, tak payahlah beli.

Perancangan Kewangan memang menyebabkan beberapa aktiviti keseronokan anda akan terhenti buat sementara waktu tetapi ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Namun, banyak faedahnya jika anda membuat perancangan. Berikut ialah faedah-faedah yang anda akan perolehi jika sekiranya anda membuat perancangan kewangan.

Faedah Perancangan Kewangan :-
  1. Mempunyai lebih kawalan terhadap hal ehwal kewangan. Dengan mengawal kewangan, anda dapat mengelakkan daripada berbelanja lebih, dapat menguruskan hutang dengan lebih baik dan dapat mengelakkan risiko muflis serta dapat mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada orang lain.
  2. Mengeratkan hubungan peribadi dengan orang di sekeliling. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, anda akan gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang daripada saudara mara dan sahabat handai untuk memenuhi keperluan kehidupan. Mereka yang berada di sekeliling anda akan berasa selesa dengan keadaan itu. Cuba bayangkan kalau kita ni selalu meminjam .... orang nampak dari jauh pun akan melarikan diri kerana dah tahu kita datang nak meminjam. Jadi, hubungan anda dengan orang di sekeliling pun akan jadi renggang.
  3. Bebas daripada kebimbangan kewangan. Apabila anda sudah merancang, anda tahu kedudukan kewangan anda sekarang dan pada masa akan datang. Semuanya sudah dirancang untuk mencapai matlamat peribadi hidup anda.
  4. Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda, bukan setakat diri anda malahan tanggungan anda.

Nah.... bukankah ianya lebih baik daripada tidak merancang. Apabila anda berupaya menguruskan kewangan anda, anda akan jadi lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Fikiran anda juga jadi lebih tenang kerana anda mampu mengawal segalanya.

03 October 2010

Hutang - Bala Dunia Azab Akhirat.....



Salam Semua....
Hari ni saya tertarik dengan artikal yang dipaparkan dalam satu akhbar berkaitan dengan hutang...
Sesungguhnya kita semua tahu HUTANG bukanlah satu cara memyelesaikan masalah nanun ianya merupakan satu masalah...
Sehubungan dengan dengan tu kita perlu berhati-hati agar kita tidak terjebak didalam perangkap ini........

Beberapa tanda yang menunjukkan anda menghadapi masalah kewangan :
  1. Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan (Perbelanjaan melebihi Pendapatan).
  2. Jika hutang lebih daripada apa yang boleh anda uruskan.
  3. Anda hanya boleh membayar 5% setiap bulan bil kad kreadit.
  4. Anda tiada tabungan untuk kecemasan peribadi dan keluarga.
  5. Anda kerap mendapat pangilan telefon dari orang yang memberi hutang.
  6. Anda dihadapkan dengan surat saman meminta bayaran balik hutang.

Dinyatakan juga disini beberapa simptom-simptom yang menunjukkan hutang kita semakin banyak tanpa disedari. Antaranya adalah :

  1. Tidak tahu berapa jumlah hutang kerana tidak pernah menulisnya di atas kertas.
  2. Mula mengeluarkan duit di ATM dengan menggunakan kad kredit.
  3. Tidak mempunyai sebarang simpanan.
  4. Menanyakan pejabat pengeluar kad kredit berapa baki kad kredit yang boleh digunakan bukannya jumlah yang sudah digunakan.