30 June 2010

Membiayai Kehidupan Atau Membiayai Gaya Hidup ......

Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.

Membiayai Kehidupan bermakna kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan hidup sementara mejalani kehidupan di dunia ini.

Membiayai Gaya Hidup pula bermakna kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (Kita Berutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.

Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan. Sebagai contoh jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita. Selain itu tetamu kita juga tidak merasa rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Mereka juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah atau rosak akibat kelincahan anak-anak mereka semasa berkunjung ke rumah kita.

Apabila kita membiayai Gaya Hidup pula kita akan mendapati pendapatan atau duit gaji kita akan sentiasa tidak mencukupi. Walaupun kita telah menerima kenaikan pendapatan 4 atau 5 kali ganda duit gaji yang lebih besar dari sebelumnya. Ini kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar perbelajaan yang kita belanjakan yang kononya untuk memaparkan simbol kekayaan. Yang lebih malang lagi simbol kekayaan tersebut dibeli secara hutang.

Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic Dengan harga RM 370 dan dibeli secara tunai.

Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen Berharga RM 3,666. BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).

Sedangkan tujuan utama adalah sama iaitu untuk menonton. Banyak lagi contoh yang boleh di fikirkan....

Sehubungan dengan itu untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang WANG tidak cukup, Kita perlulah......... MEMBIAYAI KEHIDUPAN DAN BUKANNYA MEMBIAYAI GAYA HIDUP......

27 June 2010

Apa Itu Bebas Kewangan....

Matlamat pertama kita seharusnya adalah untuk jadi financially free atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je). Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya kita perlu menjadi bebas kewangan.

Wow......Apakah maksud bebas kewangan? Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Contoh mcm kes aku, kos sara hidup aku sekeluarga adalah RM3,000, aku perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM3,000.

Andaian.... dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam setahun 7%. ....kita akan dapat Rm14k. lingkungan RM1,100 sebulan. Mungkin kita ada menyewakan 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000. Mungkin kita memiliki perniagaan Internet(ebook/affiliate/dan lain2) secara automatik yang memberi pulangan RM1000 sebulan. Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM3,100 sebulan (semua ni adalah CONTOH).

Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah! bak kata pepatah...anda telah masuk ke lebuhraya kebebasan kewangan.

Berita Tak Berapa Baik....

Salam...

Semalam baru aku ceritakan khabar berita yang baik untuk aku dan semua pemegang saham KPF.... Pemberian Divden dan bonus berakhir Disembern 2009 berjumah 14%...

Malangnya hari ni aku dapat call dari bapa ku dikampung berkenaan Buah Sawit Ku dicuri orang... Bengang betul banyak atau tak tak pasti lagi sebab tak nampak... Tapi kalau apa yang dilihat pagi tadi ... Tinggal lebih kurang 10 tandan aje yang tinggal untuk potongan pusingan kali ni dah kira banyak le yang kena curi..... Yang bagus nya segala pelepah yang dipotong dan lain lagi disusun rapi aje.. Kalau orang datang masa dia tgh buat kerja pun org beranggapan aku yang upah dia potong itu sawit..... Bijak betul lah itu orang....

Tapi aku tetap bersyukur sebab yang dia orang curi semuanya buah yang dah masak... Bermakna banyak lagi buah sawit yang masih muda... Tiba masanya buah tu akan masak dan aku akan petik.. Lepas tu jual dan lepas tu bertukarlah menjadi duit....... Cuma aku harap kali ni bila buah tu dah masak janganlah dia orang tolong petik dan jualkan lagi... Penig dibuatnya aku.....

Jadi kuranglah nanti "Pendapatan PASIF " aku...

26 June 2010

Dividen & Bonus KPF 2009 = 14.00%...

Semalam aku baru balik dari Ibu Kota selepas 4 hari berada di sana menghadiri pelbagai kursus dan seminar yang dianjukan oleh syarikat aku.... Biasalah kerja makan gaji kan.... Setiap seminar yang di anjurkan bermakna tambahan kerja pada aku.. Mana tak nya sekembali ke Projek tentunya akan banyak kerja yang perlu dilaksanakan...

Walau bagaimanapun satu perkara yang amat mengembirakan, semasa aku berada disana sempat aku menghadiri Mesyuarat Agong Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang diadakan di Dewan Perdana.. Kalau aku... aku gelar mesyuarat nak bagi dividen.. Dan akhirnya penantian para pemegang saham (KPF), mendapat khabar berita pembayaran dividen saham tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2009 di umum berjumlah 14% meningkat 1.5% dari tahun lepas.
Bayaran akan di bayar dalam dua cara melalui akaun bank dan juga secara tunai. Bagi yang mengambil secara tunai, Kesemua pemegam saham boleh menggambil dividen tersebut di pejabat masing-masing melalui pengurus pejabat Felda masing-masing. Kesemua jumlah dividen akan dihantar melalui cek diatas akaun projek dimana pelabur bertugas atau tinggal... Bagi yang menerima melalu akaun bank, wang dividen akan terus dikraditkan terus ke akaun bank saudara yang telah didaftarkan oleh KPF.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, KPF masih mengekalkan pembayaran divdennya iaitu melebihi 10%. Dari pengalaman saya selama mencarum didalam Koperasi ini selama hampir 10 tahun KPF masih mengekalkan pemberian dividen tidak kurang dari 10% setiap tahun. Ini merupakan satu prestasi yang baik dan satu peluang kepada semua ahli untuk menambah pelaburannya secara tunai mahupun potongan gaji bulanan. Cara yang baik ialah dengan membuat potongan gaji yang yang maksimum setiap bulan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Selain menerima dividen yang tinggi setiap tahun. para pelabur juga dapat meniknati beberapa kemudahan yang sediakan seperti memohon pelbagai pembiayaan yang berkaitaa dan mendapatkan pelbagai bantuan kebajikan. Walau apa pun kita seharusnya bersyukur dengan apa yang diperolehi. Jadi, saranan saya kepada semua yang mendapat keuntungan dividen, tidak kiralah dari sumber mana pun, peruntukanlah sebahagian daripadanya untuk dilaburkan dalam diri sendiri seperti membeli buku, menghadiri seminar atau bengkel atau menyambung pengajian di dalam bidang yang anda minati!

Semoga dengan usaha melabur berterusan dalam ilmu pengetahuan akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada kita semua.

*Satu lagi pendapatan PASIF yang aku ada....*

Hari Keempat Cuti - Melaka.....













14 June 2010

Jadi Jutawan Atau Jadi Kaya......

Apa beza antara jutawan dengan kaya?.. kalau dah jadi jutawan tu.. maknanya kaya lah!.. kalau dah kaya tu pula.. maknanya jutawan lah!..

Itu hanya pendapat orang. Pada saya seorang jutawan dan seorang yang kaya adalah dua perkara yang berbeza. Jutwan adalah merupakan mereka yang mempunyai aset bersih terkumpul bernilai sekurang-kurangnya RM 1 juta. (Aset-Lebialiti > RM 1 juta).
Manakala.. Orang Kaya pula, bermaksud, seseorang yang merasakan duit di dalam hidupnya lebih dari cukup. Ini juga bererti, orang yang kaya tidak perlu memiliki harta atau wang sebanyak RM1 juta.
Sebagai contoh anda adalah merupakan seorang pekerja makan gaji dan berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dan anda merasakan pendapatan itu sudah lebih daripada mencukupi, maka, anda layak di panggil orang kaya.
Dipendekkan cerita, orang yang kaya tidak semestinya merupakan seorang jutawan… dan seorang jutawan pula.. tidak semestinya seorang yang kaya.

Jadi Anda Nak Jadi Yang Mana ?????
Lu Pikirlah sendiri - Kata Nabil (Raja Lawak Jutawan Astro)

Cuti Hari Kedua - Kuala Lumpur