31 May 2010

Ibu & Bapa Bukan Liabiliti......

Di ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya kira cukup istimewa dan patut kita renungkan bersama. Sedang saya asyik membaca Blog-Blog motivasi kewangan, tiba-tiba perhatian saya tertarik pada satu blog bertajuk “Ibu Bapa Bukan Liabiliti”…

Blog tersebut sungguh bermanfaat kandungannya, oleh itu, untuk kebaikan dan manfaat kita bersama saya siarkan semula isi kandungannya untuk pembaca semua.
Terima kasih kepada penulis asal saudara Pahrol Mohd Juoi di atas tulisannya berjudul

‘Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )

==================================================

Inilah cerita benar.
Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.
Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….
“Adaduit? Minta ayah sedikit..”
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.
Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah.
Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.
Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,”
Bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
“Takkan 5 ringgit?” Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM 5 ringgit….
Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak,
saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.

Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapayang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit.
Gelihati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun.

Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah.
Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan.
Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.

Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran.
Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.
Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu.
Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar.

Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.
Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil.
Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya.
Saya tahu dan sedar, hakikatnyaayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
“Kenapa, dah kaya?” usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya.
Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya.

Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya.
Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.


Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit.
Perniagaan semakin rancak.
Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian.
Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.
Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.

Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya?

Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.

Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).
Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
“Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB.
Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat.
Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa?
MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.
Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab…
Bahagia dunia akhirat…

Untungnya Membeli Hartanah....

Hari ni aku mula bekerja semula selepas 3 hari bercuti... Bosannnya jangan cakaplah dah cuti lama, nak mula kerja semula faham-faham lah....

Disini nak kongsi dengan semua pengalaman 3 hari aku bercuti... Cuti kali ni aku baik ke kampung halaman ku... Seperti biasa bila balik kampung sudah pastinya aku gi ke kebun milik ku sendiri disamping menguruskan kebun bapa dan datuk ku...

Hari pertama aku gi ke ke kebun milikku sendiri.... Sebelah pagi aku meracun di kebun yang pertama.... Sampai kul 8.15...dan siap kul...9.30 pagi.... mana tak seronak kan.... Kerja tak sampai 2 jam dah siap... Ini kebun pokok sawit baru berusia 2 tahun... Next Year keluar hasillah.... Dah mula dapat pendapatan tetap bulanan... Aku jangkaan hasil kasarnya sekitar RM 2000 Sebulan.... Lepas tolak semua kos, pendapatan bersih dijangka RM 1500...

Lepas tu aku gi ke kebun aku lagi satu.... Apa yang aku buat ialah membaja... Tak banyak modal kali ni sekitar RM 380 aje.....Beli 4 beg baja (16,16,16) Tapi hasil yang aku terima kini sekitar RM 1000 Sebulan Bersih... Baja pun 4 bulan sekali aje.. So sebulan kira aku dah dapat lebih kurang 1000. Semua kebun milikku kini adalah milikku sepenuhnya . Aku dah belinya secara tunai...

Nak dijadikan cerita, sedang aku membaja datang seorang jiran berbangsa cina bertanya khabar pada aku... Kami pun berbual bersama.. Dalam bual dia mencelah menawarkan harga keatas kebun milik ku.... Nak tahu berapa nilainya... RM150000. Nak dikatakan terperanjat tak lah juga....Cuma teruja dengan nilai tersebut... Mana tidaknya.... Masa aku beli harganya cuma RM50000 pada awal tahun. Baru 6 bulan dah ada orang nak dengan harga 150000. Tak pasal aku dah untung 100000. Berapa peatus tu, 200%. Tapi maaflah aku tak berminat nak jual.... Kecuali aku dapat peluang lain mungkin kebun yang lebih luas. Akan aku gunakan nilai hartanah ini bagi ku miliki peluang yang lebih lumayan....

Akhir sekali betullah kata orang ..... Kesemua orang kaya didunia yang ada sekarang menjadikkan hartanah sebagai sebahagian besar aktiviti perniaggannya......

Kemana Perginya Wang Simpanan Anda......

Jika anda mempunyai wang simpanan antara Rm1,000 - Rm50,000, apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?…

Beli Handphone 3G? IPod? XBox? Video Camera? Cybershot? iMac? Home Theatre? Motosikal baru atau.. downpayment kereta baru?

Jika begitu… anda akan menjadi seorang yang sungguh bergaya, tetapi malang, impian anda untuk menjadi kaya akan menjadi semain kabur… ketahuilah, gaya sahaja tidak menjadikan anda seorang yang kaya & bebas dari masalah kewangan.

Perbezaan antara orang yang “akan” menjadi kaya dengan orang yang “akan” menjadi miskin boleh dilihat dari cara mereka menggunakan wang simpanan mereka.Orang yang ‘akan’ menjadi miskin.. akan menghabiskan wang simpanan mereka dengan benda-benda atau perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menghasilkan wang. Mereka lebih mementingkan gaya dan lebih suka ber’joli’ katak dengan wang simpanan mereka. Mereka gemar bermewah-mewahan terlebih dahulu. Wang simpanan yang ada akan digunakan untuk membuat downpayment kereta baru, membeli set perabot kayu jati, memasang set kabinet dapur serta tidak lupa juga untuk membeli almari baru kerana almari lama telah terkena tahi cicak.

Orang yang ‘akan’ menjadi kaya pula.. akan menggunakan wang mereka untuk menghasilkan lebih banyak wang. Mereka akan gunakan wang mereka untuk bermain saham, membeli hartanah yang berpotensi, melabur ke dalam dana-dana yang mampu memberikan pulangan yang baik, membuat modal untuk perniagaan dan tidak lupa juga melabur untuk diri sendiri. Mereka ini tidak cepat teruja untuk bermewah-mewahan dengan wang simpanan yang mereka kumpul. Mereka hanya akan bermewah-mewahan selepas wang simpanan mereka tidak berkurangan walaupun setelah mereka membeli sebuah bmw 7 series secara tunai.

Jadi, jika hari ini orang memandang “sengkek” kepada anda kerana anda memakai kereta buruk, mendiami rumah yang kecil, tidak mempunyai kabinet dapur serta tidak mempunyai astro. Usahlah berkecil hati, semua itu akan menjadi saat-saat manis di dalam hidup anda suatu hari nanti. Apa yang penting, anda tahu hala tuju serta impian anda….

30 May 2010

Do Properties REALLY Make the “Perfect” Investment? Part 2...

This time, i want to sincerely share the rest of the 10 attributes with you…

6. Capital Gain Taxes on the Disposal of the Investment. On 1 April 2007, the Real Property Gain Tax (RPGT) was abolished, hence properties are now on par with other investments with regards to this point.

7. Annual Operating Costs such as Income Taxes, Other Expenses (e.g. Quit Rent, Assessments, etc), Interest Costs, Repairs, Management Fees, etc in up-keeping the investment. Properties fare badly in this regard.

8. Time taken for transaction to be completed, at the point of purchase and sale. On average, it takes anywhere from 3 months at the earliest to even 12 months in some instances for the property transaction to be completed and for money to exchange hands. For portfolio investments, it usually takes only 3 working days for contract to be concluded.

9. Stress or Headaches involved in maintaining and up-keeping your investments. With properties, you must be mentally prepared to deal with numerous problems with regards to property and tenant management issues.

10. Maintenance of Proper Records for Bookkeeping purposes if there are tax issues involved. Due to the various fees and charges involved, and the tax implications of them, it’s absolutely essential to maintain proper bookkeeping records. The more properties you have, the more time, effort and money you will have to spend to ensure your records are kept properly.

11. One Time Effort Needed. Properties score a perfect 10 here. You only have to work once to acquire the property. Thereafter the property will continue working for you forever, as long as you keep it. On the other hand, portfolio investments requires regular monitoring as they are susceptible to any changes in the economic environment.

12. Impact of Mistakes. Mistakes are bound to be made by everyone especially new investors. The impact of buying the wrong property type, in the wrong location, taking the ‘wrong’ type of loans or having a nightmare tenant is thousands of dollars and a few years of your life to undo the damage done. Hence it’s extremely important to get it right the first time and every time in all aspects of property investments. Mistakes are extremely costly both in money and time costs.

13. Market Efficiency: Are prices of the investment freely disseminated and known to everyone? Unlike mutual funds or stock prices, property prices are not freely available. To compound to the problem, valuation of properties is extremely subjective. The value of a property in the eyes of the seller, property negotiator, valuer, banker and buyer is different. This presents numerous challenges to novice investors as well as opportunities for savvy property investors who possess the knowledge of property values.

14. Investment Horizon: Is there any minimum period the investment ought to be kept? Properties should ideally be kept for a minimum of 3 to 5 years as the entry and exit costs are extremely high and the returns are only moderately powerful. Property investments are usually not recommended for those who want to get rich fast or for those who need their funds back in less than 3 years. However on some occasions, it’s possible to make money by using “flipping” strategies by buying below market and disposing above market.

15. People Skills: Property investment is a people intensive business and you must be able to build rapport and get along well with real estate agents, sellers, tenants, lawyers, bankers, contractors, etc. Also you need to possess good negotiation skills and almost everything is negotiable. If you do not have these skills, you may not find real estate your investment “cup of tea”.

I hope you now have a better idea of the pros and cons of real estate investments as compared to other investments. My suggestion is to have a diversified investment portfolio that contains both properties and other investments as opposed to concentrating everything on properties alone.

Cara Efektif Untuk Menyimpan.....

Simpanan merupakan pertahanan dalam kewangan anda. Anda perlu mengukuhkan pertahanan anda sebelum anda melakukan apa-apa aktiviti pelaburan (menyerang) dan sebagainya. Memang nampak mudah tapi sangat sukar dilakukan. Cuma segelintir dari kita sahaja yang berjaya menyimpan secara konsisten.
Kenapa ini berlaku? Baiklah tip termudah untuk menyimpan secara konsisten ialah dengan meniru cara anda menabung di tabung KWSP. Bagaimana anda menabung dengan KWSP? Duit anda dimasukkan sebelum gaji anda diterima. Maka itulah cara yang terbaik. Antara langkah yang perlu anda lakukan:
  1. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan. Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa. Contohnya mulakan dengan 10% daripada gaji anda.
  2. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM. (Saya menggunakan akaun Tabung Haji). Anda juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM.
  3. Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak.
Cuba langkah menyimpan ini dahulu dan lihat hasilnya dalam beberapa bulan.Jika gaji anda RM3000, anda boleh menyimpan RM300 sebulan Dalam masa setahun, simpanan anda boleh menjangkau sehingga RM3600. Ia boleh digunakan di masa anda betul-betul perlukan wang seperti membaiki kereta rosak di tengah jalan, membayar kos persekolahan anak anda, melangsaikan hutang lapuk, bayaran perbelanjaan hospital dsb.
Disiplinkan diri anda untuk tidak mengeluarkan wang simpanan anda. Cuba cari pilihan lain dahulu dan simpanan anda adalah pilihan yang terakhir.

Selamat mencuba.

Duit Yang Tidak Dipetik........

Assaalamualaikum.........

Cuba kita perhatikan paparan gambar pada post kali ini...........

Lawatan saya beberapa hari yang lalu ke sebuah ladang yang diuruskan oleh sebuah syarikat terbesar didunia...... Membiarkan hasil yang telah sepatutnya boleh ditukar menjadi duit.......

Kenapa terjadi perkara seperti ini...... Jawapannya mudah....

TIDAK TAHU MENILAI BETAPA BERNILAINYA DUIT.......












25 May 2010

Do Properties Make the “Perfect” Investment?

Post kali ini aku dapat dari satu laman web......http://www.milandoshi.com/

Other than “Do properties make the “Perfect” investment?” I am also often asked: “Is Real Estate the “perfect” investment vehicle to get wealthy?” Unfortunately in the investment world, there is NO SUCH THING as the “perfect” investment. Every investment product will have its plus and minus points. This article will cover the merits and demerits of properties as an investment vehicle. We will also compare properties with other investments products.?

The following are the various attributes to consider when evaluating any type of investment:

1. Returns: The Expected Returns must be powerful i.e. greater than 15-20% p.a. Since most properties yield an average Rental Yield of 4-7% p.a. (depending on property type, location, etc) + Capital Appreciation of 5-10% p.a. (depending on economic growth, inflow of foreign investment, etc), Properties are considered to be Moderately Powerful.
The returns are usually more than enough to keep up with and even outperform your family’s “unofficial” inflation rate of 6-10% p.a. Hence, properties are an excellent long term investment for keeping up and even out-performing inflation.

2. Stability in Both the Market Value and the Annual Returns. Properties are considered to be extremely stable and hence safe. They are less risky investments as the Volatility or Price Fluctuations are extremely low. On the other hand, it’s fairly common to see prices of even blue-chip property stocks fluctuate between +/- 20% in any given year.

3. Liquidity: How Fast Can You Convert to Cash either by Selling or Refinancing. Unfortunately, properties fare very badly in this regard. Properties take time to sell and convert to cash. The earliest, if you are lucky, is approximately 1 month to sell and another 3 months to get paid. Leasehold properties in undesirable locations may easily take 6 months to sell and another 9 to 18 months for the transaction to be completed.
However, if your property is fully paid-up or if you have built up sufficient equity by reducing your outstanding loan, you will have the option of revaluing and refinancing the property. It will take approximately 2 to 3 weeks to refinance a property with the same bank. If you are refinancing with another bank, it will take a few months for the paperwork to be completed.

4. Leverage: Does the investment offer you the opportunity to borrow money + does it give you the flexibility to choose your borrowing level? In properties, you can choose to borrow anywhere from Zero to as high as 100% of the purchase price whereas for Futures or Options contracts, the gearing levels are fixed as the contracts are standardized.
No other investment has this unique benefit. In some instances, it’s even possible to borrow 100% of the purchase price if you are familiar with creative financing techniques. The advantage of borrowing money for property investments is that your loan is gradually being reduced thanks in part to your hard-working tenants and your asset is appreciating over time thanks to inflation.

5. Expenses or Costs at the point ofa) Entry or Purchaseandb) Exit Point or Sale of the investment.
Properties are costly investments, both at the entry and exit points. During purchase, there are legal fees, stamp duties, mortgage insurance to cover the loan amount and several other costs involved. During exit, there may be property agent’s fees payable, legal fees to redeem your outstanding loan and other costs.
While the above may not seem to be a complete list of attributes to consider when evaluating any type of investment, but they are a few of the main attributes to consider when choosing an investment type to invest.
Cheers!
Milan Doshi

Gaji Aku Dah Mas...huk......

Akum Semua....

Hari ni pepagi aku dah buka noline maybank2u.... Tujuannya tak lain tak bukan... nak tengok gaji dah masuk ke belum.. Walaupun memang aku dah tahu yang gaji memang dah masuk sebab hari ni 25 haribulan....

Kau tahu kenapa aku tetap nak chek gaji dah masuk ke belum.... Senang aje, dah memang tabiat aku macam tu..... bila gaji masuk aje pepagi aku dah buka online banking untuk uruskan semua pembayaran bil dan hutang-hutang yang aku ada....... Boleh kata semua bil dan hutanglah, bil hphone, telipong, astro, kad kredit dll aku bayar guna on line....Aku terus bayar semua... Biasasanya tak akan ada yang tinggal..... Cuma satu aje yang selalunya aku bayar tunai iaitu pinjaman kereta.... kau tahu kenapa.... sebab aku tak leh nak chek yang aku bayar tu sampai atau tidak ke Public..... So aku bayar tunai kat mesin ATM Pubilc dah pasti ianya dah dikreditkan kat akaun pinjaman aku....Simpan resit.........

Lepas tu perasaan aku akan rasa sangat tenang gembira... Kenapa ????? senang aje duit baki tu aku leh guna semua sebab dah tak ada bil-bil yang perlu aku bayar lagi utk bulan ini.... Pasal simpan..... semamangnya aku dah buat potongan gaji setiap bulan........

Kesimpulannya.........
BIAR TAK BANYAK DUIT YANG PENTING TAK BANYAK TANGGUNG HUTANG......

24 May 2010

Duit Kecamasan..

Post hari ni saja nak kongsi pengalaman....

Petang tadi aku duk bengang dengan wife aku.... Mana tak nya tengah sedap barig sebab sakit kepala tetiba dia ajak aku pergi bank. Yang aku bengang bukan urusan untuk kita orang tapi urusan orang lain... so aku terus tidur buat selamba aje..
Lepas tu dia dengan bangganya start kereta ( Keta Iswara Aje ) terus gi ke bank yang mana kawan dia dah tunggu... Nak tahu apa jadi lepas tu.....
Kurang 10minit dia call aku.... " bang kereta mati tetiba, Tak leh Start" Aku cakap padan muka.. tulah tak dengar cakap suami..... Tapi dalam bengang aku terpikir juga.... Nak kata minyak habis, minyak aku baru isi.... aku pasti walaaupun meter minyak kereta tu dah anggau.... aku pasti bkn masalah minyak abis.....

Lepas tu aku pun amik tong minyak terus gi stesen minyak..... beli minyak sebab yang aku tahu dakh banyak kali ragam keta tu kalau mati tetiba mesti masalah minyak habis... walaupun aku rasa bukan masalah kehabisan minyak aku beli juga minyak dengan harapan bukan masalah lain yang besar.....

Lepas beli minyak kau pun terus gi tempat keta aku tersadai tu.... Sampai aje aku terus try start.... ADUH........... dari bunyinya aku confirm bkn masalah kehabisan minyak.... Dari ilmu enjin yang aku ada dah pasti Timing Belt Hancur...... Habislah HANCUR DUIT AKU.......... Tapi aku dengan selambanya terus gi kedai repair keta....

Bila aku jumpa mekanik kedai tu aku cakap apa tau....
Bang keta saya mati tetiba... Lepas tu bila start enjin pusing tapi kosong aje.... Jom tengok kasi repair itu kereta.......
Dah tu bila dah tarik itu kereta sampai dia punya kedai aku cakap lagi .... Bang buka aje lah dan mana yang agak-agak rosak kasi repair.....

Dari percakapan aku tu nampak macam BERLAGAK TAK........

Sebenarnya aku saja cakap macam tu sebab nak tenteram hati aku yang tengah panas tu... Mana taknya Aku baru tukar itu Timing Belt. Kalau ikut rekod akubaru running kebih kurang 23000KM y... Kalau ikutkan limit tukar Timing Belt sepatutnya 80000Km sekali..... Disebabkan masalah ni habis enjin keta aku... kalau satekat timing belt aje tak apalah RM200 aje.... ni kurang-kurang pun kos baikinya lebih RM1000. Aduh....

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat kau orang ialah pentingnya simpanan untuk kecemasan....Cuba kau bayangkan kalau masa ni aku tak ada duit simpan mana nak korek itu duit........Yang syukurnya aku sememang dah ada semua bajet .... jadi dengan selambanya aku boleh cakap kat mekanik tu repair terus mana yang agak-agak perlu.....

Jadi Esok petang itu keta siap aku akan pegi ambik dan bayar dengan rasa senang hati kerana tak menggangu simpanan-simpanan aku yang lain........ Lepas ni aku kena TOP UP baliklah aku punya Simpanan Kecemasan yang telah terkopak itu..........

Semoga ALLAH Memberkati usaha yang aku buat ini......... Wassalam...
Mari Layan Gambar Di Bawah....
Semua 12 batang valve dah bengkok..... ganti semua
Roker Arm Pu Patah..... Punyalah kuat....
Head Sedang Dicuci