22 April 2010

Bijak PANDAI belum tentu bijak DUIT.....

Seorang rakan bertanya ….“Betul ke skim pelaburan nie tak betul? Kalau tak betul.. kenapa pensyarah-pensyarah dan orang2 besar yang pandai-pandai tu pun join skim ini?”

Orang-orang yang bijak pandai sememangnya mempunyai tahap IQ (Intelligence Quotient) yang agak tinggi daripada orang-orang lain. Namun begitu, IQ ini adalah tidak begitu relevan untuk digunapakai sebagai kayu pengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan. Untuk mengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan, kita memerlukan FQ(Financial Quotient).

Orang yang tinggi IQ.. tidak bermakna FQ nya juga tinggi... sebab itulah kita dapat lihat ada golongan-golongan profesional yang dianggap sangat bijak seperti doktor, peguan, jurutera dan sebagainya.. terus hidup dalam suasana yang cukup2 makan sahaja.. tidak kaya.. tidak miskin…

Orang yang tinggi FQ pula.. tidak semestinya juga mempunyai IQ yang tinggi... sebab itulah kira dapat lihat ramai orang2 yang hanya berkelulusan darjah enam dan tidak habis sekolah, berjaya menjadi seorang jutawan…

Jadi… jika ada orang yang memakai ayat… “Sertailah skim pelaburan ini kerana skim ini telah disertai oleh ramai golongan profesional serta bijak pandai seperti doktor, pensyarah dan sebagainya…”

Maaf.. ayat itu tidak berkesan untuk meghairahkan saya…. tak stim pun orang kata.. ho! ho! ho!..

**** Sebenarnya dulu aku pun sama macam orang yang IQ Tinggi....SEBAB TU TAK KAYA LAGI ********

Duit Lagi.......

Tgh hari tadi bila aku balik rumah utk rehat.... aku pun lepak kat depan tv.... Biasalah rumah dng tempat aku keja dekat sengat.... seminit aje sampai rumah...
Tak lama wife aku pulak balik.... Sampai rumah dia terus mandi .. lepastu susukan anak aku.. biasalah susu ibu.....

Lepas tu dia sembayang zohor... lepas sembahyan terus dia terus ke dapur... aku tanya nak buat apa... katanya nak buat kek... confirm mesti ada orang tempah lagi...
Orang nak kek mafin rm 20..... duit lagi tu...

lepas tu aku mandi dan sembahaang zzohor terus gi opis semula... sampai opis ada kerani aku tanya no hp wife aku.. aku tanya kenapa.. dia kata nak tempah kek.. Wah duit lagi... waau tak banyak petang ni aje wife aku dah dapat Rm 30. Itu tak masuk kek yang dia buat tapi tak ditempah org.. Maksudnya saja nak cuba juae esok... Yang ni kalau abis confirm dapar RM15.00. Dah jadi berapa tu... RM45.tu...

Kalau Campur semalam dah jadi RM100. Banyak tu keja 2 hari petang aje dah dapat RM100.... Kalau hari -ari dah berrapa ye....

Kerajaan Dah Gaji......

Pagi ni aku onlime maybank2u...... biasalah saja nak chek kekalau ada duit yang masuk.... bila duk buka akaun aku... hampes....... tak ada duit masuk punnn..

So buka wife aku punya pulak.... hure.... gaji dia dah masuk..... apa lagi aku transfer sikit kat aku punya akaun.... bukan apa nak bayar bil.....Bil HP, Astro, Streamyx dan macam-macam lagilah... Biasalah pasal urus duit ni wife aku langsung tak amik tahu... semuanya aku yang urus... aku pula kalau dah ada duit semua kena sattle awal... kalau labmat takut terguna untuk lain pailak......biasalah gaji aku aku punya.... gaji dia pun aku punya.... ha..ha..yang dia tahu semua sattle...untungnya aku dapat wife macam dia.... Lagi satu bila dia nak dia minta.... aku pulak tak bolehlah cakap duit dh tak de......

Sebenarnya itulah namanya pengurusan duit.... gunakan konsep duit keluarga.... so kita uruskan dan yang penting duit yang kita dapat jangan disia-siakan....

Untukpengetahuan semua...dengan cara ini lah kami dah dapat beberapa asset yang memberi pulangan semula kapada kita sekelluarga.... beberapa bidang tanah yang telah dibayar habis... Yang dah berhasil....untuk kita semua dan tak payah nak pikir nak untuk bayar loan...dan yang tengah nak naik... tunggu aje hasilnya ... insyaalllah tahun depan keluarlah hasilnya.... lepastu ..tiap-tiap bulan tinggal petik hasil... semuanya kita punya 100%...

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.....

21 April 2010

Balik Kampung.....

Yeh...yeh...... Bestnya.......

Sabtu dan Ahad ni aku dah apply cuti...... apa lagi balik kampung lah... dah sebulan lebih aku tak balik.... yang seronoknya bukan apa...... selain dapat tengok orang tua di kampung, aku dapat pegi kebun aku...... nak meracun dan membaja....

Tapi yang paling seronok pada masa tu ialah masa untuk org petik sawit aku..... dapat duit jual sawit lah aku...... bestnya......

Perkara kedua yang best pastinya bapak aku ulur duit sewa rumah yang telah dibayar oleh penyewa untuk bulan ini........

Cerita Lawak Gila.......

Aku ada terbaca satu cerita........

Terdapat 2 orang sahabat baik, seorang bernama Ali dan seorang bernama Kamal. Mereka ini sedang menunggu keputusan SPM. Masing-masing dah berangan untuk memasuki Universiti menyambung pelajaran dalam bidang Sains Angkasa. Nak ikut jejak Sheikh Muzafar kata mereka..Semua orang kampung mengenali mereka kerana mereka ini baik dan suka menolong orang kampung. Mereka akan kelihatan selalu bersama dan petang-petang mereka selalu lepak di hujung tanjung sambil memancing..
Ali dan Kamal suka berangan-angan bahawa mereka akan masuk satu Universiti yang sama, pergi kampus sama-sama, makan sama-sama, main bola sama-sama dan dating pun sama-sama..Apabila tiba keputusan SPM diumumkan si Ali mendapat 10A dan si Kamal mendapat 3A 6B. Maka gembiralah mereka kerana penantian mereka berbaloi....
Setelah 4 bulan menunggu panggilan Universiti maka si Kamal telah berjaya mendapat panggilan ke Universiti. Tetapi si Ali yang mendapat keputusan lebih baik, tidak mendapat panggilan ke Universiti. Orang kampong pun keliru, mengapa yang lebih pandai tidak mendapat panggilan ke Universiti........?
Lalu orang kampong pun berjumpa dengan si Ali dan si Kamal yang selalu lepak di hujung kampung. Lalu mereka bertanya pada si Ali, mengapa dia tidak dapat panggilan ke Universiti?(Mengapa si Ali tidak mendapat panggilan ke Universiti? )
Ramai akan menjawab. Si Kamal ada orang dalam, ada yang menjawab sudah rezeki Kamal dan macam-macam lagi jawapan.
Tetapi........Semuanya silap dan jawapannya cukup mudah.........
...................Iaitu si Ali itu TIDAK ISI BORANG......
Jadi......Samalah dengan dengan kita semua.......
Banyak mana pun kita baca dan belajar tentang cara nak gandakan duit (pengurusan kewangan) Tapi kalau kita pun TIDAK ISI BORANG (MULAKAN) ,,,,,,, Samalah kita dengan si Ali...............tinggal cerita dan angan-angan yang tidak kesampaian.

Tempahan Kek...

Hari ni ... wife akku dapat tempahan kek dari kawan kawan dia. Best nya aku tengok walaupun kecil kecilan ada juga unsur unsur perniagaan. Tempahan hari ni 35 keping kek coklat mafin dan 1 buku kek coklat. jumlah nilai jualan dapatlah lebih RM 50. Kalau ditolak ngan modal adalah untung ... Tinggi juga % keuntungannya.... Berapa ...tak bolehlah aku cakap.....

Betulah kalau niaga ni mesti untung punya .... cuma banyak atau sikit.....
Inilah namanya belajar niaga....
Untuk pengetahuan yang ini untuk hari ni aje... hari-hari sebelumnya boleh tahan juga....tapi aku tak dapat tahu lagi berapa dia punya untung.... sebabnya aku tak kira lagi dan tak ada akaun pun....

So mula semalam aku dah belikan wife aku buku aliran tunai.... apa saja yang dibeli untuk buat kek aku suruh dia tuliskan dan kalau dia dapat duit dari jualan pun aku suruh dia tulis....
bukan apa saja nak semak berapa untung sekiranya kita jual kek ni......

20 April 2010

Lembaga Hasil Dalam Negeri


Aduh..... Dpat surat dari LHDN ..... suruh aku datang dan serahkan bukti berkaitan pelepasan cukai yang aku istiharkan...... tak pe semua dokumen aku ada..... esok aku hantarkan dia....

Bagi kekawan yang diluar sana kalau boleh sediakan lah satu file khas untuk simpan semua dokumen yang berkaitan. jadi bbila diminta senang aje nak bagi taklah tercaricari atau baru nak mulalah adjust.....

Petua Menyimpan Duit - Part1.

Petua mula menyimpan duit........ Untuk mereka yang baru bekerja......

Katakan Gaji bersih bulanan 1000. Tahun pertama simpan 50 Setahun 600
Tahun Kedua Gaji Naik 100, Tambah Simpanan jadi 100 Setahun 1200
Tahun Ketiga Gaji Naik 100, Tambah Simpan an jadi 150 Setahun 1800
Tahun Berikutnya......
Hingga tahun ke 25.... Simpanan Bulanan jadi 1250 Sebulan, Setahun Jadi 15000.

Dihitung kesemua simpanan selama 25 tahun jumlahnya jadi...195000. Tak banyak ke..... Dan gaji pada bersih masa tu...3350.
Secara logiknya.... Banyak sangat ke kenaikan RM50 sebulan bagi setiap tahun tu..... Sekali duduk makan di Piza Hut pun dah lebih RM50.

Ini Rumusan untuk yang naik gaji 100 setahun setiap bulan... Habis kalau kenaikan lebih dari 100. Terutama yang lepasan Universiti.... tak kan nak tambah 50 aje ..... Fikirkan lah....

195000 tu tak masuk dividen tahunan tu......... Percayalah kalau ada kesedaran ini tak perlulah kita asyik nak tukar tempat kerja nak cari gaji tinggi...

Sebarkan lah.........

Tip kedua nanti akan menyusul......

Kerja.....

Hari ni aku cadang nak gi jb. Buat inspection aku punya mesin kat workshop.. Biasalah keja ngan syarikat.. semua keja kita diarah buat... Nak tak nak kena gi juga kalau tak dah tak de masa... Next week aku plan nak cuti....

Salam Pengenalan

Assalamualaikum....

Salam penggenalan pada pembaca blog ini. Akan memaparkan banyak perkara untuk dikongsi bersama. Penggalaman hidup, kewangan, masakan